Monday, February 17, 2014

Susu Oh Susu!

Keperluan pengambilan susu di dalam diet ibu mengandung mahupun ibu yang sedang menyusu sejak akhir-akhir ini telah dipropagandakan secara berleluasa oleh syarikat-syarikat pengeluar susu formula. Hasilnya, ibu-ibu semakin kurang keyakinan terhadap budaya pemakanan seimbang dan beranggapan dengan mengambil susu yang diformulakan dengan pelbagai khasiat yang dilabelkan pada tin masing-masing adalah yang terbaik hingga berasa bersalah atau kurang lengkap jika tidak berbuat demikian.

Mengikut sejarah peradaban manusia dan segala hidupan mamalia yang lainnya, keperluan setiap spesis terhadap susu ibu masing-masing memang wujud sejak azali lagi. Namun, kebergantungannya terhadap susu tidak pula berpanjangan sehingga dewasa. Cuba fikirkan, adakah orang utan, lembu, kambing, atau unta (serta sekalian spesis mamalia lain selain manusia) minum susu semasa mengandung untuk memastikan anak yang dikandung sihat atau semasa menyusukan anak masing-masing untuk memastikan anak yang disusukan mendapat cukup susu?

Hakikatnya, (saya petik dari Wikipedia),
“Humans are an exception in the natural world for consuming milk past infancy,despite the fact that more than 75% of adult humans show some degree (some as little as 5%) of lactose intolerance, a characteristic that is more prevalent among individuals of African or Asian descent.[4] ”

Reference:
[4] Champe, Pamela (2008). “Introduction to Carbohydrates”. Lippincott’s Illustrated Reviews: Biochemistry, 4th ed.. Baltimore: Lippincott Williams & Wilkins. pp. 88. ISBN 0-7817-6960-0.

Walaupun susu adalah salah satu sumber makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat, namun ianya BUKANlah satu-satunya sumber makanan yang WAJIB diambil, tetapi jika boleh mengambilnya, atau tiada alahan terhadapnya, bolehlah diambil secara berpatutan, tidak berlebihan dan sebagai sebahagian daripada diet setiap hari. Apa sahaja yang diambil secara berlebihan boleh memudaratkan. Di dalam kehidupan, kita memerlukan keseimbangan.

Lembu dan anak
Gambar hiasan dari Milkmyths.org.uk – Ibu lembu menanti bilakah saat perpisahan dengan anaknya, dan kelak sang ibu akan menjadi ‘mesin pengeluar susu’

 
Pertimbangkan juga isu etika dalam penghasilan susu secara industri ini telah menggalakkan perlakuan kekejaman ke atas makhluk lemah seperti lembu (dan mungkin juga haiwan mamalia lain): contohnya bagaimana anak lembu dipisahkan dari ibunya sebaik kelahiran, demi manusia boleh mengumpul kolustrum dari lembu (yang belum tentu bersesuaian untuk manusia), lalu si anak lembu pula dibiarkan menangis (kerana tidak dapat menyusu) ditepi ibunya agar sang ibu mendengar tangisan dan mendapat kesan “ejection reflex” dan lebih banyak susu dapat dikumpulkan. Tidak cukup dengan itu, anak lembu jantan dibunuh (bukan untuk dimakan) secara berleluasa kerana tidak berupaya menghasilkan susu dan tidak boleh melahirkan anak lembu yang baru. Bukankah manusia seringkali angkuh dan suka melakukan kekejaman?

Saya sarankan, baca sejarah mengenai susu di dalam Wikipedia untuk mendapat gambaran sewajarnya. Juga baca tentang kekejaman manusia terhadap spesis lembu di MilkMyths.
Saya juga ingin menyeru ibu-ibu agar tidak terpengaruh dengan hebahan iklan yang berleluasa di luar sana kononnya perkembangan otak anak-anak akan jadi kurang baik jika ibu tidak mengambil susu berjenama XYZ semasa mengandung atau susu yang dihasilkan kurang berkhasiat jika tidak mengambil susu ABC dalam tempoh penyusuan. Baca tentang fakta tentang pemakanan seimbang dan politik serta latar belakang syarikat pengeluar susu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata!

Susu Ibu Tiada / Kurang? Adakah Ianya Disebabkan Keturunan?

Assalamualaikum…

Benarkah kenyataan yang mengatakan bahawa factor keturunan merupakan salah satu penyebab kepada ketiadaan / kekurangan susu ibu? Saya juga pernah terdengar rintihan sebegini daripada salah seorang sahabat . Beliau mengalami masalah air susu yang kurang seawal kelahiran bayi pertamanya..apabila diajarkan berbagai tips dan teknik kepadanya, beliau menjawab ; mak saya pun dulu macam gini kak, memang takde susu..keturunan kami semua macam gini, sejak dari nenek saya lagi!



Di sini saya kongsikan satu kisah yang diceritakan oleh Puan Kamariah  mengenai seorang nenek yang menjaga cucunya, berjaya menyusukan cucu tersebut selepas beberapa hari memberi cucunya menghisap payudaranya. Daripada kisah ini, kita dapati bahawa setiap wanita mampu menyusukan bayi mereka.

Pada awal kelahiran, ibu hanya menghasilkan kolustrum di mana ianya memang cukup untuk seorang bayi. Kadang kala, kita tidak akan nampak kuantiti kolustrum yang keluar kerana ianya terlalu sedikit sesuai dengan saiz perut bayi yang ketika itu hanya sebesar biji guli. Ibu tidak sepatutnya risau kerana jika adanya rangsangan pada payudara pada hari awal kelahiran, maka akan terhasilnya susu baru selepas itu. Proses ini dipanggil proses "pengaktifan kilang" di mana kilang susu akan menghantar signal kepada otak untuk menghantar hormon yang akan menghasilkan susu jika terdapatnya rangsangan pada payudara.

Ibu-ibu juga seringkali risau kerana pada hari-hari awal kelahiran, payudara mereka sangat lembut. Dan situasi ini menyebabkan ramai ibu yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai susu. Perlu diingat bahawa, terdapat kelebihan jika payudara lembut pada awal kelahiran. Pertama, ia belum memberi kesakitan pada ibu. Bayangkan jika payudara membengkak pada hari pertama selepas kelahiran, dapatkah kita menanggung kesakitan tersebut ditambah dengan kesakitan bersalin? Ini adalah hikmah yang tersirat disebaliknya. Kedua, payudara yang lembut memudahkan bayi kita untuk belajar menyusu dan memberikan keselesaan kepada mereka.

Bayi menangis tak semestinya dia lapar. Ada faktor lain yang menyebabkan mereka menangis seperti tidak selesa (sejuk, panas, gelap, cerah, kencing, berak). Usah risau kerana bayi yang lapar sebenarnya telah berkomunikasi dengan ibu mereka pada awal kelahiran. Jika mereka lapar, mereka akan menunjukkan reaksi melalui mulut, tangan, kaki dan seterusnya jika tidak diperhatikan mereka akan menangis. Jadi, ibu-ibu perlu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan mereka supaya mereka tidak marah dengan menangis.

Apakah  halangan-halangan untuk menyusukan bayi? Antaranya ialah susu tidak keluar pada hari-hari awal kelahiran, anak seperti tidak kenyang (asyik menangis), puting melecet (mungkin salah pada lekapan dan posisi menyusu), orang yang lebih berpengalaman (ibu, mertua atau ipar duai).

Sebagai kesimpulannya, tajuk di atas adalah tidak benar sama sekali. Kebanyakan ibu kurang / tiada susu bukanlah disebabkan keturunan tetapi ia disebabkan amalan dalam keluarga tersebut yang boleh mendatangkan kesan kepada penyusuan ibu. Ketahuilah, hanya 1-2% sahaja wanita yang tidak dapat menghasilkan susu badan untuk bayi, dan ia disebabkan masalah kesihatan ibu itu sendiri.

Saturday, February 15, 2014

{ SHAKLEE UNTUK WANITA HAMIL }


{ SHAKLEE UNTUK WANITA HAMIL }

Ramai kawan-kawan saya yang sedang hamil. Tahniah.. Pasti anda mahu mencipta memori indah dan menyeronokkan semasa hamil kan? Pengambilan supplements Shaklee boleh membantu anda.

Inilah set ibu hamil semasa saya mengandungkan Muhammad Al-Fateh. Sepanjang kehamilan saya tidak tinggal vitamin-vitamin ini, especially VITALEA tu sebab semakin besar kandungan, semakin ..
banyak nutrisi yg diperlukan oleh ibu dan anak. Rata-rata ibu hamil mengalami masalah hb low bila kandungan 5-6 bulan ke atas. Usah risau kerana Vitalea Shaklee lengkap dgn formula ZAT BESI untuk memastikan ibu dan anak mendapat nutrisi penting ini.

Vitamin Shaklee adalah semulajadi tanpa pewarna, perisa dan pengawet tambahan. Ianya tidak memerlukan silica gel untuk memelihara keasliannya. Kebanyakan vitamin / supplement lain mengandungi silica gel, pewarna, perisa dan pengawet tambahan.

1) ESP membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Keperluan protein meningkat ketika wanita sedang mengandung kerana protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.

2) Vita-Lea adalah multivitamin yang jauh lebih baik dari Obimin. Ia membantu melengkapkan kekurangan nutrient ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi. Keistimewaan Vita-Lea ia mengandungi iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering dialami oleh wanita hamil.

3) OsteMatrix untuk menyokong bekalan kalsium dalam tubuh. Bayi memerlukan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan kalsium ini dari tubuh ibunya, maka wanita mengandung perlu sentiasa memastikan jumlah kalsium adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan untuk ibu itu sendiri. OsteMatrix juga boleh mencegah masalah kejang atau simpul biawak yang sering dialami oleh ibu mengandung.

4) B-Complex dilengkapi dengan asid folik dan lapan vit B beserta Folic Acid yang penting untuk saraf dan baik buat ibu hamil.

5) Vitamin C untuk menguatkan sistem imun badan.

6) Omega Guard adalah pengganti untuk supplement NeuroGain. Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Supplemen ini perlu diambil mulai trimester kedua dan ketiga.

 Kita perlu berikhtiar utk mendapatkan yang terbaik bagi diri kita dan anak yg dikandungkan. Segalanya pun adalah dengan kehendak dan izin dari Allah jua.

USAHA + DOA + TAWAKAL = INSYA ALLAH

Berminat? Boleh PM saya untuk sebarang pertanyaan atau order sempena PROMOSI Vitalea ini.

PM: Hasanah
mobile: 019-4824066

Sunday, October 6, 2013

ApaYang Best Dalam Collagen Shaklee?


APA YANG BEST DALAM COLLAGEN SHAKLEE ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V. 

·        Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi.
·        Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
·         Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
·         Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah. 
·         Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
FUNGSI KOLAGEN
·       Menghasilkan asid amino  penting seperti :
·      -   lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
·         hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
·         alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
·         arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
·         mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
·         melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
·         menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
·         menampung air dalam tubuh.
·         meningkatkan penyerapan kalsium.
·         menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
·         meningkatkan isyarat induksi
·         menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik 

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • ·         memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • ·         memelihara kelembapan kulit
  • ·         menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • ·         menguatkan otot dan tulang
  • ·         membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • ·         memelihara  kelenturan sendi
  • ·         mengurangkan keradangan(inflammation)
  • ·         memberi tenaga
  • ·         membantu pola tidur
  • ·         memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN
  • ·         kulit kusam
  • ·         tak bermaya
  • ·         tiada seri
  • ·         kulit kedut dan mula kendur
  • ·         pigmentasi kulit 
  • ·         cepat letih dan lesu
  • ·         sakit badan dan sendi
  • ·         mudah lupa
  • ·         kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN
·         Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung.
·         Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
·         Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
·         Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
·         Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
·         Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
·         Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
·         Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
·         Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
·         Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
·         Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
·         Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
·         Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
·         Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
·         Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
·         Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
·         Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
·         Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
·         Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
·         Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
·         Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
·         Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
·         Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
·         Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
Jadi, bersempena dengan Promosi Bulan Oktober ini, jom dapatkan nya;)
-          Satu kotak = utk kegunaan selama ½ bulan
-          dua kotak   = utk kegunaan selama 1 bulan
-          tiga kotak   = utk kegunaan selama 1 ½ bulan
-          empat kotak = utk kegunaan selama 2 bulan
-          lima kotak    = utk kegunaan selama 2 ½  bulan
-          enam kotak  = utk kegunaan selama 3 bulan
-          tujuh kotak   = utk kegunaan selama 3 ½  bulan
Sangat jimat jika beli sekarang kerana beli 6, percuma 1...murah dgn less sebanyak RM 1xx...
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultansi percuma:

Facebook: Hasanah Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel/ YM: hasanah81@yahoo.com.my
SMS/ Whatsapp: 019-4824066