Sunday, March 2, 2014

BEST SELLER – ESP HOT!

 
Assalamualaikum wbt buat pengunjung setia Baiti Jannati niJ

 
Apa yang HOT sekarang ye? Mestilah ESP;  si putih gebu lemak manis tu..  Sejak sekian lama promosi Buy 6, FREE 1 pada 2012 dulu, hampir dua tahun tak ada promo ESP si HOT meletops ni !



ESP atau Energizing Soy Protein - Isolate Protein powder adalah BEST SELLER yang sememangnya HOT !. Tidak dapat disangkal lagi peranan protein dalam badan kita. Tahukah anda? 25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Air
2. 25% Protein
3. 8% Lemak
4. 1% Kombinasi antara Mineral & Vitamin 100%

 Apa yang anda akan dapat kalau Protein dalam badan anda mencukupi?

·         Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
·         Memberikan tenaga, badan makin sihat dan kurang letih.
·         Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, protein sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak
·         Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan lebih cepat kenyang dan kurang meragam
·         Bagi ibu-ibu mengandung, protein membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
·         Untuk yang alami masalah kesuburan, protein bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
·         Berkesan dalam menganjalkan kulit dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
·         Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
·         Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein untuk membentuk sel kulit baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
·         Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Apa yang terkandung dalam ESP?
·         Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan serta membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak
·         Menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
·         Mengandungi ke semua 9 jenis asid amino penting badan (yang xdapat dibuat sendiri oleh badan)
·         Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
·         Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
·         kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous
·         indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
·         Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
·         tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
·         Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah

·         Kajian menunjukkan yang soya membantu menstabilkan hormon semasa peralihan ke monopaus.
·         TIADA perasa, pewarna tiruan, pemanis, atau bahan tambahan selainnya.
·         TIADA CAFFEINE
·         Sesuai untuk VEGETARIAN

Ingin mendapatkan ESP pada harga RUNTUHHHH sempena promosi MAC 2014 ni?
Hubungi 019-4824066

Facebook: Hasanah Sharipuddin

 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit   

 

Thursday, February 27, 2014

PUDING ROTI SIMPLE


Assalamualaikum...buat teman-teman yang disayangi selalu.

Hari Jumaat yang sangat sibuk! Tak sempat nak update pagi tadi... dah tengahari barulah boleh layan blog ni. Dessert ni  favourite anak saya yang sulong tu, si 'Ammar Nabhan. Tapi abi, K.Ngah dan si Fatimah pun suka juga. Semua kata sedap!  Berbaloi2..Oklah.. terus jelah ke resepi yang nak dikongsikan hari ni.  Takde resepi pelik2 pun.. ini resepi yang dah selalu orang lain buat. Saya sendiri pun dah beberapa kali dok buat.  Tapi.. selalu tu dok buat takde sosnya.. kali ni baru terasa rajin sikit nak buat sosnya.. makan pun sedaplah sikit kan?  Sedap banyak sebenarnya... hehee

Resepi ni simple je, so rasanya semua org boleh buat. Jika nak dijadikan sebagai dessert pun boleh. JOm kita tengok apa bahan dan cara membuatnya.
 
Kita show gambar nya dulu ye..bagi aura kesedapannya meresap ke mata pembaca..
 
 

Puding Roti Sos Kastard

Bahan-bahan :
 
Puding
8/10 keping roti Gardenia (dikoyakkan)
1 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1/3 tin susu manis (jika manis kurangkan sikit ye, agak2 je)
1 tin susu cair
Sedikit kismis (utk hiasan)
 
Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
 
CARA:
1. Pukul telur. (saya guna garfu je, x perlu la rasanya pakai mixer)
2. Masukkan esen vanilla + 1/3 tin susu manis + 1 tin susu cair. Pukul sikit lagi bagi sebati.

3. Tuangkan roti yg dikoyakkan tadi di dalam adunan.
4. Sapukan loyang dengan marjerin (utk elakkan adunan dari melekat).
5. Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam Loyang.
6. Taburkan kismis di atas puding tersebut.
7. Tutup loyang tadi dgn aluminium foil (utk elakkan titisan air jatuh ke dalam puding).
8. Kukus puding selama 1 jam.
 
  • Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar sehingga agak pekat.
  • Puding yang telah masak tadi sejukkan dahulu kemudian barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
  • Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Walla..inilah hasilnya. Mabeless..




Ehmm..nikmatnya makan musim panas gini :)
Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Hasil Nukilan :
Ummu 'Ammar

 
 

BEZA SET PENYUSUAN SHAKLEE

BEZA ANTARA SET B, SET E & SET 3M (SET PENYUSUAN SHAKLEE)

Assalamualaikum wbt buat pengunjung setia blog saya ni.. apa khabar teman-teman semua? Hari ini kita nak berkongsi tentang Set Penyusuan Shaklee pula ye. Banyak soalan yang ditanyakan kepada saya tentang perbezaan antara :

- Set B

- Set E

- Set 3M

Mari saya terangkan satu persatu ye :)

Set B ialah:
 
- untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ?
 
- Vitalea dengan iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa.
 
- Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh. Ianya khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan.
 
- Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi.
 
- Vitamin C fokus kepada imun sistem.
 
-  Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

 
Set B (Breastfeeding)
Set E  ialah:
 
- ibu yang ada kekangan untuk melengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian.
 
- Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
 
- Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
 
Siapa yang perlu set ini?
- Ibu yang mengalami kekurangan susu setiap kali PMS.
 
- Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walaupun kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
 
- Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.
 
 
Set 3M :
 
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
  • Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
  • si ibu yang nak mula menyimpan stok,
  • si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
  • ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan  zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

 
Saya bersedia membantu anda untuk mendapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli ye:)
o    Selain daripada set di atas, saya juga menyediakan suplemen Shaklee  untuk semua lapisan umur. Set-set yang disediakan adalah :-
 
Boleh didapati dalam Fullset atau Mini pack. Penghantaran Pos Laju Percuma seluruh Malaysia untuk Mini Pack.
Hubungi saya 019-4824066 
Facebook: Hasanah Sharipuddin

Wednesday, February 26, 2014

FENOMENA SHAKLEE

Fenomena apakah yang melanda Malaysia sekarang ini? Cuaca panas? Isu air? Isu warganegara yg ditahan di Sweden? Ya, itu adalah secebis isu popular sekarang ni. Namun ada satu lagi “tsunami” yang melanda Malaysia sekarang ni: SHAKLEE PHOBIA !

Dimana-mana shj sekarang ni org dok sebut tentang SHAKLEE aje, di FB, Blog, Fan Page, Twitter, Whatsapp dll media maya. Kenapa SHAKLEE jadi bualan hangat sekarang ni?

Nak tahu? Ni dia faktanya ye teman-teman :

Mengapa Shaklee?

• Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!

 
• Bermula dengan modal serendah RM65 / RM75 ataupun tanpa modal langsung.

• Tidak perlu menyimpan stok kerana cara menjual barang di Shaklee senang sahaja. Cuma perlu rasai dan kongsi pengalaman anda. Anda mendapat pesanan, caranya anda cuma perlu emel kepada Shaklee dan biarkan mereka yang packing dan poskan untuk pelanggan anda. Senang kan? Kalau anda sedang cuti-cuti di oversea pun anda masih boleh membuat perniagaan ini!

• Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!

• Saya pemalu. Saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Tapi di Shaklee, saya hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja - iaitu menaip di laptop! Dan saya pasti anda juga mampu melakukannya.

• Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang surirumah.

Dah jelas kan, kenapa SHAKLEE meniti dibibir-bibir rakyat Malaysia? So, nak tahu tak macamana nak jadi member SHAKLEE ni.. Baiklah ye..berikut adalah serba sedikit FAQ tentang bagaimana nak jadi ahli shaklee dan faedah2 nya. 

1)    Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli/pengedar Shaklee

 
Anda boleh mendaftar dengan menbuat pembayaran untuk registration fee, ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650 Semenanjung & RM850 Sabah/Sarawak) untuk mendapat keahlian percuma.

Anda cuma perlu menghubungi saya dan saya akan uruskan urusan pendaftaran. Anda tak perlu keluar dari rumah pun!. 

2)    Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 dan tambahan RM10 (Semenanjung) RM 20 (Sabah/Sarawak) untuk pos member kit ke rumah anda. Mudahkan?...Jumlah semuanya hanya RM75/ RM85 untuk yuran seumur hidup.

3)    Maintain point dan keahlian

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase.

4)    Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Tak perlu.

5)    Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan. Dengan menjadi ahli di bawah saya (menggunakan ID saya  945023  sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.

Antara 4 manfaat utama menjadi ahli shaklee ni ialah : 



 

1. Dapat membeli pada harga ahli iaitu 12% - 20% kurang dari harga jualan bukan ahli. Anda dapat untung byk disitu. 

2. Dapat membeli sendiri secara online di www.shaklee2u.com.my. klik klik saja...mudah kan? Dalam masa kurang dari seminggu barang akan smpai depan pintu rumah anda. Bila dah siap order, nnti anda akan dpt sms update consignment note barang anda. So, anda boleh track sendiri kat online. 

3. Jika cukup point, anda akan terima bonus dalam bentuk cash $$$ terus masuk dalam bank account anda. Best tak best tak?

4. Bagi yg ingin menjana pendapatan dengan shaklee, anda akan dilatih bersama2 group Jutawan kami utk melebarkan bisnes anda. Semuanya secara online. 

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya seperti di bawah untuk maklumat lanjut. Saya akan bercerita lagi tentang pengalaman saya menjadi ahli seterusnya membina perniagaan bersama Shaklee.

So apa lagi... jom jadi ahli shaklee bersama saya!. 


PM  or wassap :

Hasanah 019-4824066
Fb : Hasanah Sharipuddin
email : hasanah81@yahoo.com.my

Tuesday, February 18, 2014

VITALEA : MULTIVITAMIN TERHEBAT


Vitalea: Multivitamin Terhebat!

 
Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat!!


Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 



Vitalea merupakan Multivitamin pertama di dunia yang dihasilkan oleh Dr. Forrest C Shaklee
 
 
Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
 
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam 
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan 
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D 
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk 
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah 
      merah.*
 
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
 
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.
  
Kuantiti: 120 biji
Hubungi saya untuk harga istimewa dan semestinya konsultansi PERCUMA :)

 
Your Shaklee Independent DISTRIBUTOR
Hasanah Sharipuddin
945023
019-4824066

 

KEHEBATAN VITALEA

HEBAT SANGAT KE VITALEA NI?



Hari ini nak share pengalaman sendiri, sebelum2 ni asyik baca testimony org  je kan? Jom baca ni : Saya ni jenis yang bila buat kerja lebih sikit memang cepat penat. Dulu lagi la, masa kerja, pagi2 sebelum subuh dah bangun, tung..tang..tung tang di dapur siapkan breakfast, basuh baju, prepare brg anak utk ke rumah pengasuh dll la.

Nasib la mengajar separuh hari je...bila dah sampai rumah, masak utk lunch, bagi anak makan, pastu saya mandi utk solat Zuhur. Masa tu memang dah rasa nak terbaring je..Nampak katil melambai2 ajak beradu..badan ni rasa sakit sangat...kepala dah pening, badan tu lemah longlai je. Mengajar di Tadika, main dengan budak2 kecil ni..mana ada masa nak duduk sangat..banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan...Playing and Learning with fun:) Lepas solat, terus susukan Al-Fateh sambil baring, masa tu rasa lega yg teramat sgt..dapat landing..lama2 saya yang terlelap sama dgn si comel :) sedar-sedar masa orang azan Asar, dahsyat kan? tidur x ingat dunia..

Hari2 begitulah rutin saya..balik sekolah je..pas solat tu terus tidur..x larat nak buat apa dah..pastu barulah terdetik apa nak jadi mcm ni? takkan rutin harian tidur je setiap petang? Lama2 jika dibiarkan boleh jadi bam..bam..x nak la gemuk! pastu baru lah try test VITALEA nih! Alhamdulillah sangat2, seminggu pas try VITALEA ni, ada perubahan besar pada rutin harian saya..tak de lagi sleeping beauty di petang hari macam dulu, malah boleh melayan anak2 dan buat kerja rumah lagi. Seronok sangat, even sekarang ni pun saya dah x mengajar lagi macam dulu, waktu petang la masa yang boleh saya lakukan macam2 sementara anak2 tidur.

Suami saya pulak pegi keje naik motor, perjalanan ke tempat keje 1 jam lebih. Kadang2 tu boleh dia terlelap atas motor, sedar2 masa org dok hon hon...Allahurabbi, saya memang cukup risau la, sebab sgt berisiko tertidur semasa bawa motor ni, sekarang ni saya WAJIB bagi suami saya telan VITALEA ni after breakfast utk bagi dia bertenaga, cergas dan tak lesu di pejabat. Suami saya ni balik keje dah malam baru sampai rumah, dalam pukul 8-9 mcm tu la...dulu sampai je rumah, lepas mandi dan dinner terus terbaring tidur...kesian sungguh saya tengok..nak buat macamana sebab badan dah exhausted sgt2...anak2 menagih perhatian nak main dengan abinya. Sejak saya bagi dia VITALEA sebiji after dinner, la ni..x la macam dulu..boleh layan anak2 main, bercerita dan ajar mengaji lagi..sekarang ni jika badan rasa penat semacam je, tahu dah, memang terlupa telan Cik VITALEA ni!

Kenapa jadi gitu ye pada kami berdua? Dulu badan x bertenaga bila seharian memerah keringat mencari rezeki, xde suplemen yang menggantikan balik segala keperluan vitamin dalam badan kami ni. So saya nak kongsikan sedikit apa yang membuatkan VITALEA ni berjaya mengubah rutin harian kami yang lemah, lesu dan lemau je :)

 
 
“Vita-Lea contains Beta Carotene that helps in the maintenance of growth, vision, and tissue development; Calcium, Phosporus with Vitamin C and D, for healthy bones and teeth; Biotin and Pantothenic acid help to metabolize fats and Vitamin B12 helps in the formation of red blood cells.”
Ringkasnya, sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jika anda hanya makan multivitamin sahaja tanpa vitamin lain, adalah lebih baik jika makan 2 biji Vita-Lea sehari, iaitu sebiji di waktu pagi, dan satu biji lagi di waktu malam.
 
Siapa yang perlu makan Shaklee Vita-Lea nie?
  • Secara umumnya, untuk semua orang dewasa yang pentingkan kesihatan optimum. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan segera, suka makan di luar, dan yang makan ikut selera – bukan ikut gizi seimbang.
  • Mengandungi Beta Carotene yang membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawal masalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.
  • Diformulasi dengan Iron yang penting untuk pembentukan sel darah merah di dalam badan.
  • Ibu mengandung yang selalu kena anemia (Vita-Lea Iron Formula!). Tak perlu susah payah makan kerang atau organ dalaman lain. Zat besi perlu untuk pembentukan sel darah merah buat janin/ bayi di dalam kandungan.
  • Ibu menyusu, terutama yang bayinya dah berumur 6 bulan ke atas. Kajian mendapati kandungan zat besi di dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan. Sebab itu ibu-ibu digalakkan memberi ikan bilis dalam makanan pejal pertama si manja. Dengan pengambilan Vita-Lea, Insya Allah kandungan zat besi di dalam susu ibu dapat di kekalkan pada paras yang selamat. Sebab itu kami cadangkan Vita-Lea di dalam Set Penyusuan Shaklee kami.
  • Cegah penyakit tiroid atau beguk. Penyakit beguk nie di sebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari, untuk memperolehi sumber 150 mcgIodine, ya. Insya Allah.
 
Sebenarnya VITALEA ni adalah vitamin asas utk semua x kira laki atau wanita, bujang ke atau dah kawin ke atau mengandung ke atau yg breasfeeding..semua perlukan, warga tua lagi la perlukan sebab usia dah semakin meningkat. Insya Allah kita usah, ikhtiar dan berdoa..dengan izin Allah akan ada perubahan yang kita hajatkan.
 

Sempena bulan Februari ni, ada promo VITALEA tau, beli 6, percuma 1. Nak beli 1 pun boleh, tapi alang2 dah harga gedebuk ni baik terus grab 2/3 botol sebab boleh guna dari atuk nenek, mak ayah, kakak abang. Boleh tahan lama sangat, kiranya jimat sesangat la beli bulan ni. Nak saya bantu anda utk lebih cergas dan x lemah dan lesu, meh2 saya tolong belikan ye:)

Your Shaklee Independent Distributor
Hasanah Sharipuddin
019-4824066
FB : Hasanah Sharipuddin