Saturday, March 8, 2014

SET KECANTIKAN SHAKLEE

Assalamualaikum buat pengunjung setia yang tersayang...
 
Siapa di sini yang setiap hari WAJIB tengok muka kat cermin?
Saya! Ye la, nak sikat rambut tengok cermin, nak pakai tudung pun tengok cermin, nak sapu krim malam pun tengok cermin, nak pakai masker pun telek cermin kan?
 
Hari-hari dok belek muka kat cermin tu, mesti terdetik dalam hati ; muka aku ni berminyak la, muka aku ni banyak jerawat lagi, macamna nak kulit licin gebu dan cerah ni? Itu lumrahkan, lebih2 lagi kita orang perempuan ni..
 
Sebagai wanita, macam korang-korang juga, mestilah nak cantik. Saya tak minat kosmetik tak bermakna saya tak nak cantik, kan? Saya melihat makna cantik itu sendiri sangat subjektif. Pada saya, kecantikan harus bermula dari dalam. Peribadi dan akhlak yang mulia, itu paling utama!! Kemudian mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan berkhasiat dan baik untuk kulit. Bila peribadi dan kulit dah cantik, tak pakai make-up pun lebih nampak cantik!!
Tak percaya? Mari buktikan!!
 
Berikut adalah beberapa panduan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri:
  1. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari
  2. Lengkapkan diri dengan pengambilan vitamin bagi memelihara kulit dan badan
  3. Mengamalkan pengambilan Vitamin C dengan bioflavonoids membantu menjadikan kulit lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen
  4. Vitamin E yang secukupnya akan membantu melewatkan penuaan, mengurangkan kedutan dan bintik penuaan.
  5. Vitamin B Complex juga penting bagi menangani stress dan membantu menjadikan wajah berseri
  6. Asid Lemak Omega 3 dan 6 mengawal lembapan kulit
  7. Asid Amino L-Cystein memberikan kulit yang sihat, muda dan anjal
  8. Pengambilan Zinc yang cukup pula akan membaikpulih kulit dan sel-sel yang rosak
Jadi apakah yang Shaklee tawarkan bagi mendapatkan kulit cantik berseri bak bidadari?
Berikut adalah beberapa cadangan suplemen asas:

20130307-001231.jpg

 Set D merupakan set asas penjagaan muka, terdiri daripada Vita-E Complex, Vita-C dan B-Complex
 
20130307-001242.jpg

 Set D dengan lebih protein untuk kulit lebih anjal, halus dan gebu. Terdiri daripada ESP, Vita-E Complex, Vita-C dan B-Complex
 
20130307-001255.jpg

 Set kulit cantik khas bagi kulit berjerawat. Terdiri daripada Carotomax, Vita-C dan Vita-E Complex
 
20130307-001308.jpg

 Cadangan suplemen tambahan untuk kulit lebih cantik. Terdiri daripada Zinc Complex, Omega Guard dan GLA Complex
 
20130307-001319.jpg

 Collagen Powder Shaklee!! Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan 8 minggu berturut-turut akan menghasilkan wajah yang cantik, muda, anjal dan berseri.
 
Set D Shaklee adalah pilihan ramai yang ingin mendapatkan kulit yang cantik, berseri, anjal dan kelihatan muda. Mungkin disebabkan harga yang mampu milik dan terbukti berkesan menjadikan Set D Shaklee begitu laris di pasaran.
 
Pilihlah set kecantikan dengan bijak, bukan membuta tuli. Jangan ambil jalan singkat. Dr Marsha Gordon, Timbalan Presiden di Jabatan Dermatology Mount Sinai School of Medicine berkata “Sekiranya ada krim yang dapat memberikan kesan yang sama seperti prosedur perubatan (cepat dan berkesan), kemungkinan ia adalah DADAH, dan bukan BAHAN KECANTIKAN”.
 
Hubungi saya bagi mendapatkan set yang paling sesuai dengan kulit anda. Insya-Allah jika konsisten, hasilnya pasti MELETOPPSS!

Facebook: Hasanah Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel/ YM: hasanah81@yahoo.com.my
SMS/ Whatsapp: 019-4824066

PERBEZAAN SUPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum buat teman-teman tersayang...

Apa khabar ye semua, saya mendoakan agar kalian sentiasa sihat dan berada di bawah rahmat Ilahi.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi tentang Perbezaan Suplemen Shaklee. Ada orang tanya, apa yang best sangat Shaklee tu? Tak sama ke Shaklee ni dengan vitamin yang lain? Ok, mari saya terangkan ye...jika kita pergi ke farmasi, banyak sangat jenama suplemen di luar sana. Sampai kita jadi pening, tak tahu mana satu yang sesuai dengan badan kita. Tahukah anda? Ada sebahagian jenama tu hanya membeli kemudian menjual semula suplemen yang dikeluarkan oleh kilang lain. Dan tahukah anda kebanyakan kilang menjual suplemen untuk mengaut untung semata.

Contoh A:
Sebiji omega yang mereka jual kononnya mengandungi 1000mg fish oil. Hakikatnya, hanya 180mg EPA dan 120mg DHA. 700mg lagi hanyalah lemak ikan semata-mata. Kalau kita consume suplemen sebegini, nutrisinya kurang, harga saja mahal dan paling teruk lagi kalau tertelan sekali toksik-toksik dari minyak ikan yang tidak ditapis dengan sempurna.

20140222-094427.jpg

Contoh B:
Suplemen berbentuk serbuk yang dihasilkan daripada kacang soya, kononnya sumber protein dan asid amino yang baik untuk meningkatkan tenaga. Tapi, demi mengaut untung, mereka telah menyuntik kacang-kacang soya itu dengan sejenis hormon supaya ia cepat matang dan boleh dituai dengan segera. Kesannya pada manusia ialah hormon manusia itu sendiri jadi tak seimbang. Menjejaskan tahap kesuburan, monopaus dalam usia muda, datang haid sebelum berumur 12 tahun.
Kebanyakan makanan yang kita ambik masa ini semuanya dah tak sihat. Kalau makanan segera tu memang lah konfem tak sihat kan? Hatta sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita anggap organik tu pun belum tentu sihat. Ia mungkin sudah disuntik dengan hormon atau disiram dengan baja dan racun serangga. Dalam daging pun sama, zaman sekarang semua main suntik je, supaya haiwan dan tumbuhan cepat matang, cepat dijual, cepat untung. Ngeri bukan??

Nak buat macamana ya?? Perlukah kita membeli seekar tanah untuk buka ladang ternak dan bercucuk tanam sendiri?? Perlukah kita mengikat perut tak mau makan?? Perlukah kita upah saintis untuk kaji setiap nutrisi dari sumber makanan yang kita beli??
Huhu.. Lecehkan?? Mana ada masa nak buat semua tu!! Mana ada duit nak beli tanah berekar-ekar!! Nak upah saintis?? Mak aihhh.. Gaji sendiri pun belum cukup untuk diri sendiri..
Sebab tu lah, suplemen memainkan peranan penting untuk mencukupkan nutrisi dalam badan manusia. Tapi… Ada juga pengeluar nutrisi yang pandai ambik untung.. Macam dalam contoh A dan contoh B tadi.

Segelintir masyarakat hari ni cepat sangat terpedaya dengan pengaruh iklan. Selebriti A guna produk B, kongsi testimoni begitu begini melalui YouTube, Facebook dan sebagainya.. Kita pun tak sabar-sabar nak beli produk B tu, nak jadi cun macam selebriti A. Kemudian kita nampak pula penjual B upload screenshot perbualan antara customer A dan penjual B, testimoni terbaik!! Mungkin testimoni betul, mungkin juga tiruan dan sengaja dibuat-buat untuk melariskan jualan. Kesiannya kita.. Selalu jadi mangsa penipuan.

So.. Macamana kita nak pilih pengeluar suplemen yang betul-betul komited menghasilkan produk yang berkualiti? Sesiapa pun boleh guna perkataan “Selamat, Berkesan dan Semulajadi” dalam label produk mereka tapi, adakah ianya terbukti secara klinikal? Adakah kajian saintifiknya ditulis dan diedarkan untuk rujukan umum? Adakah produk itu telah bertahan berpuluh-puluh tahun lamanya?
Walaupun kita bukan saintis, mungkin kita tak faham pun apa itu kajian klinikal… At least kita tau, kalau mereka begitu berani mengedarkan buku kajian saintifik mereka, maknanya mereka cukup yakin dengan produk mereka, kan? Siapakah mereka ini?.. Salah satunya ialah Shaklee!! Shaklee adalah peneraju dalam suplemen nutrisi dan telah membuktikan kejayaan dalam bisnes MLM lebih dari 57 tahun. Produk Shaklee tak pernah diiklankan melalui tv dan tak diedarkan melalui farmasi. Shaklee juga tak pernah melantik mana-mana selebriti sebagai duta produk. Mereka hanya ada KAJIAN KLINIKAL dan produk Shaklee dijual melalui perkongsian testimoni mereka-mereka yang telah merasa sendiri keunikan produk ini. Menarik bukan??

Dan yang lebih menarik lagi.. Shaklee menjalankan 350 UJIAN bagi setiap bahan dalam sesuatu produk. Katakan lah produk A terdiri daripada bahan B, C, D dan E. So.. Shaklee menjalankan 350 ujian ke atas bahan B, 350 ujian ke atas bahan C, 350 ujian ke atas bahan bahan D dan 350 ujian ke atas bahan E. Sememangnya ia melibatkan kos yang tinggi!! Shaklee telah melaburkan 300 JUTA USD untuk pengujian penyelidikan dan pembangunan produk mereka.


Yaa.. Kos sebanyak itu dilaburkan semata-mata untuk mengeluarkan produk yang dijamin SELAMAT. Shaklee tak bazir duit nak upah selebriti pun…

Bagaimana pula dari segi keberkesanannya?? Ada je company yang buat experiment segala bagai, tapi tak berkesan pun!! Suplemen Shaklee telah dibuktikan melalui kajian klinikal bahawa ia telah mengurangkan 72% risiko diabetes, 60% penyakit jantung dan 39% penyakit darah tinggi. Kajian-kajian saintifik ini pula ditulis dan diterbitkan untuk rujukan umum. So.. Kalau ada orang tanya, “Shaklee ni betul-betul BERKESAN kah??” Senang je jawabnya.. “Insya-Allah berkesan.. Kalau tak percaya, boleh google dan baca 100 buah buku saintifik tu.” Alahai.. Rakyat kita ni memang malas lah nak baca. Kalau baca pun belum tentu faham. Beli jer lah sebotol Vita-C tu, telan dan rasa sendiri keberkesanannya. Harga tak sampai pun 100 hengget.


Konsep terakhir yang ditekankan oleh Shaklee sejak lebih 57 tahun yang lepas ialah MESRA ALAM. Apa kah bendanya tu??? Ada kaitan kah dengan nutrisi badan kita?? Bayangkan… 57 tahun yang lepas, Shaklee dah fikir pasal konsep mesra alam. Masa tu, orang tak tau pun apa tu go green, apa tu global warming dan sebagainya. Tapi, Shaklee dah lama susah hati memikirkan masalah planet kita yang dah tua ni. Kalau lah semua manusia dah sihat selepas makan suplemen Shaklee, tapi bumi kita ni pula semakin lama semakin botak, udara dan air tercemar dan sebagainya.. Apakah maknanya untuk hidup lama?? Bangunan Shaklee itu sendiri dibangunkan dengan konsep mesra alam, sehinggakan tiada satu keadaan pun yang boleh menyebabkan kebakaran pada bangunan tersebut. Kalau nak try, cuba tanam botol-botol kosong suplemen Shaklee, tengok apa jadi selepas sebulan. Korek balik tanah tu, konfem botol dah hilang jadi tanah. Hahh.. Biodegradable!!


Selama lebih 57 tahun, Shaklee telah berjaya menghasilkan produk yang dijamin sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Kalau lepas ni masih ada yang cakap, “Alah.. Suplemen Shaklee SAMA saja dengan suplemen jenama lain”.. Memang nak kena ketuk kepala!! Nak kena suruh dia hafal kandungan 100 buah buku saintifik tu!! Nak kena suruh dia telan sebotol Vitalea dengan botol-botolnya sekali!! Hahahaha…
Of course lah semua suplemen perlu di consume dengan cara yang betul, konsep yang sama, perlu minum air masak 2-3L sehari. Kalau nak kurus perlu kurangkan kuantiti makanan dan kerapkan bersenam. Konsepnya sama saja sayang.. Tapi produknya tak sama!!..
Last but not least, diharap perkongsian ni memberi manfaat buat semua. Kalau nak tau lebih lanjut lagi perbezaan Shaklee dengan jenama lain, boleh baca di sini: http://www.shaklee.com.my/bm/difference.asp.

Ops belum habis lagi...Isu terakhir yang sering dipersoalkan ialah berkenaan isu HALAL. Jangan risau, Sijil Halal Shaklee diperbaharui setiap tahun. Tapi, u jangan tanya JAKIM sebab bukan dorang yang keluarkan Sijil Halal Shaklee. Sijil ni dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) iaitu salah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Kalau u nak juga tanya JAKIM, u tanya macam ni, “ISA tu salah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM kaa?”. Dan kalau nak tau, prosedur penilaian ISA sebenarnya lebih strict daripada JAKIM. Bukan senang-senang mereka nak keluarkan Sijil Halal Shaklee. Cop halal memang takde atas botol suplemen, cop KKM je ada… Sama lah macam ubat-ubat farmasi yang u biasa beli, memang takde cop halal. Makanan tin dan makanan dalam plastik jer ada cop halal.


Ops... Ada lagi satu isu.. Mak aihh.. Banyak sangat lah isunya!! Ada yang kata, “Lebih baik makan makanan sunnah daripada makan makanan Amerika ni”… Boleh je u campur sesudu madu dalam ESP tu, sunnah dah namanya, kan?? Atau u nak blend buah kurma campur dalam Mealshake, takde masalah, tak memudaratkan kesihatan, tak mengubah nutrisi. Then, ada lagi yang kata, “Asyik-asyik makan makanan Amerika, bila nak sokong produk tempatan?”. HELOO...apa kita tak mkn nasi ke? bukan ke nasi tu dari Kedah, Perlis nun...makan juga produk tempatan kan?

Berminat dengan suplemen jenama Shaklee? Tak perlu beli tiket flight ke US, contact saya je, saya hantar sampai depan rumah. Sekian untuk perkongsian semua.

Facebook: Hasanah Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel: hasanah81@yahoo.com.my
SMS/ Whatsapp: 019-4824066

Friday, March 7, 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalamualakumbuat pembaca yang saya sayangi selalu...

Adat kebiasaan bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua sudah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua sudah bertiga, berempat.. kita masih berdua. Semuanya aturan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya. Namun begitu, perlu kita ketahui punca yang menyebabkan sukar bagi isteri pasangan tersebut utk hamil. Serta berusaha mencari penawar setelah diketahui punca kepada permasalah yang dialami.


Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya
Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita):
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

 Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.
 
Bersenam.Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
 
Mengelakkan pencemaranMungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.
 
Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan.
 
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:
 
Vita-Lea – kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
 
B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma
 
Vita C – Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
 
Vita E & Selenium – bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
 
Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
 
Zinc – meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
 
Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
 
Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua sekali ke?
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan.
 
Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc
 
Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa.
 
Untuk mendapatkan produk ini dengan harga istimewa, hubungi saya:-
 
Facebook: Hasanah Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel/ YM: hasanah81@yahoo.com.my
SMS/ Whatsapp:019-4824066

NUTRIFERON SHAKLEE

Apa itu Nutriferon? Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.



Nak tau siapa yang menciptanya? Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi dalam badan.
Siapa yang perlukan Nutriferon? Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/ antibodi seperti flu, demam, cancer, resdung, asma dan sebagainya, tetapi harus diingat bahawa produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit.

Bagaimana ia bertindak? Nutriferon bekerja dalam dua cara;
  1. segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan;
  2. menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan
NutriFeron direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini:
  1. Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  2. Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  3. Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  4. Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia – Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi – Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon – Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif – NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 Tahun Kajian – Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron. 
So, kalau rasa-rasa malas nak bawa macam-macam jenis suplemen, terutama semasa traveling, boleh la bawa nutriferon saja.


 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa. Anda juga boleh menggunakan ID saya untuk menikmati harga ahli di mana-mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia.

Facebook: Hasanah Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel/ YM: hasanah81@yahoo.com.my
SMS/ Whatsapp: 019-4824066

Thursday, March 6, 2014

TESTIMONI ANAK-ANAK DENGAN MEALSHAKE


Assalamualaikum wbt buat pembaca yang saya sayangi selalu...

Saat ni saya rasa terpanggil utk berkongsi cerita dan rasa berkaitan dengan anak-anak saya yang mengidapi ASMA..ataupun dalama bahasa orang kampungnya LELAH ! Asma ni boleh menyerang siapa sahaja, tetapi yang paling menyedihkan bila kanak-kanak yang masih kecil diuji dgn penyakit sebegini. Saya dan suami juga pernah alami situasi yang sama. Kisah anak2 kami yang sangat istimewa ni :
 
- 'Ammar  - x selera makan, kurus cekeding, selalu demam dan batuk, ada tonsil yang bengkak..doktor kata STAGE 3, perlu operate segera!

- Asma' - eczema dan lelah.

-Fatimah - lelah dan bronchitis

 
 
 
Saya ingat lagi, dulu masa anak kedua kami iaitu Asma' Solehah kena eczema sejak kecil memang habis teruk badan dia, sangat alergik dengan habuk, debu, cuaca dan makanan juga..habis pelipat-pelipat bawah lengan, belakang lutut, bawah ketiak, bawah leher dan juga betis..kami puas sudah berubat cara moden dan kampung,..jumpa doktor pakar kulit, pegi berubat guna daun la..apa yang  orang suggest kami buat..and sometimes bila dia tak jadi eczema, dia akan kena lelah..memang tragis sgt..selalu kena bawa ke emergency ambil nebulizer..saya pun dah boleh hafal jenis ubat yang doctor bagi.. dan masalah yang sama juga berlaku kepada anak saya yang ketiga iaitu Fatimah Az-Zahra'..
 
Huhu..ujian kami dengan penyakit ni terjadi kepada Fatimah, tapi dia x de eczema, cuma ada ASMA je..dia start kena dr umur dia 2 bulan macam tu, admit ward dan doctor kata kena ACCUTE BRONKITIS ! sedih sangat masa dlm wad..sebab dia kena buat fisioterapi, kena suction / sedut kahak guna wayar..doctor masukkan wayar dari hidung ke atau dari mulut..x ingat dah..tapi memang berdarah la..duduk la ummi dengan Fatimah di wad selama 4 hari...and bila prosedur selesai boleh keluar wad dan sambung dengan ubat di rumah pulak..since that, dia kerap selsema, batuk dan demam sebab antibody dia lemah..tapi memang saya notice dari awal bila dia mandi atau main air lama2 dia akan start dengan selsema, pastu melarat jadi batuk, banyak kahak dan bila dah kahak banyak lung dia jadi sempit sebab saluran pernafasan tu tersekat kerana kahak..cepat2 la my hubby bw ke emergency ambil nebulizer lagi..pernah sekali jam 3 pagi rushing ke hospital sebab dia dah semput ;(
 
Fatimah ni pun jenis yang susah nak makan, harapkan susu je..nasi tu seminggu memang dia xnak..pening ummi dan abinya fikir..apa nak buat ni..xkan bergantung kepada susu je..bila minum susu banyak kencing pun banyak dan pampers pun laju je..
 
Si 'Ammar ni bdn kurus cekeding, bukan sebab dia x nak makan tapi bila dia makan selalu rasa sakit di tekak..rupa2 nya tonsil dia bengkak, dia x boleh makan pedas, x boleh makan yang keras2..dalam setahun tu boleh kata 4-5 kali demam dan dapat MC..pernah cikgu warning sebab selalu sangat x datang sekolah..kesiannya anakku..masa tu umur dia tujuh tahun ..darjah satu..dah la jadi ketua kelas..memang banyak guna suara utk beri salam, bagi arahan pada kawan2..lastly kami buat operation buang tonsil tu last year..
 
So kami try bagi pada anak2 ni MEALSHAKE..kebetulan masa tu promosi buy 6 free 1, so ummi pejam mata je la beli dan dpt FREE MEMBERSHIP LIFETIME ....sebab masa tu anak2 tengah demam, batuk, selsema dan lelah juga..bimbang penyakit ni berjangkit dengan baby Fateh ni yang umurnya baru 2 bulan masa tu...
 
Masuk tin yang kedua Alhamdulillah nampak kesan pada anak2..si 'Ammar dah x selalu ponteng sekolah, dulu selalu MC sebab demam dan bengkak tonsil, Asma' dah kurang eczema dan lelah pun dah x de sangat.. yang paling ketara pada Fatimah sebab pernah satu hari tu dia minta nasi..
"mi..nak cik (ummi, nak nasi)
 
ummi ni rasa nak nangis..sebab dia memang susah nak makan.

AlhamduLILLAH. Mealshake ni senang je nak bagi anak2 sbb boleh bancuh dalam susu diorang. Sehari sekali, satu sudu teh campurkan dalam susu mereka. But, what are the nutrition facts in Mealshake? haaa.. ni diaaa…

mealshake
Functions of Meal Shake :
Shaklee Meal Shakes can be used as supplements for added nutritional insurance, delicious between-meal snacks, or beverages with meals. It provides 30% of the Daily Value (DV) for protein and 35% or more of the DVs for 19 essential vitamins and minerals. It is good sources of dietary fiber.
AlhamduLILLAH, anak2 makin sihat dan kami SANGAT bersyukur atas perubahan mereka
--------------------------------------------------------
Jom baca 6 fakta tentang Mealshake ni..
 
  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion.
  • Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar. 

 
Untuk maklumat lanjut, sila sms 019-4824066 atau Facebook: HASANAH SHARIPUDDIN untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


KREM KAKI KETIKA MENGANDUNG ?

Assalamualaikum wbt buat teman-teman yang setia di sini..
 
Siapa di sini yang pernah kena "SIMPUL MENGKARUNG" @ KREM KAKI? Cuba angkat tangan !
 
Ada yang nak angkat tapi malu-malu kucing pulak :) ok xpe.. angguk dalam hati je ye..kalau nak tahu, orang yang mengandung selalu kena benda ni, even dulu pun saya selalu kena..bayangkan tengah syokkk tido tiba-tiba dia tarik kaki zuppp terus krem (mase ni mmg menagis tahan sakit tau huhu azab dia, Ya Allah sakitnyaa..tuhan je tahu...nak tahu SEBAB ape??
 
 
 
 
Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi meregangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

"Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan .

"Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

"Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,'' ujarnya.

Terang beliau lagi, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.
 
 
Al-kisahnya dulu la masa pregnant..memang sejak pregnant yang pertama, kedua, ketiga alami benda yg sama..Yang keempat dulu dah standby siap2..Ok, saya memang teruja dgn vitamin Shaklee, tapi sekarang saya ceritakan pasal OsteMatrix dulu yer. Saya ambil OsteMatrix 4biji setiap hari sebelum tidur. Mula2 biasa ajer, xder apa2 perubahan, tp masuk hari ke-3, saya dah xrasa sakit bila saya bgn tidur. Alhamdulillah....

Sejak itu saya konsisten ambil 4 biji OsteMtarix setiap malam. Dan sepanjang tempoh kehamilan, saya sgt kurang mengalami sakit belakang (bukan xder langsung), dan yg plg best, saya langsung xkena kejang urat! Dulu masa mengandung anak pertama, kedua, ketiga bila tgh2 mlm, mesti saya kena kejang urat (kaki di bahagian betis ke bawah xboleh gerak). Yang menjadi mangsa my hubby lah...tengah2 malam tu, terjerit-jerit panggil dia minta tolong urut betis dgn minyak, memang dahsyat sakitnya sebab ia tarik urat tu sampai pinggang, tak boleh gerak langsung..saya akan kejut dia, minta dia urutkan. 
Apapun semuanya dengan izin Allah jua kan?
 

 
Jadi senang je nk hilangkan MENGKARUNG tu..hihi..untuk protect simpul mengkarung ni..jum try ostermatrik shaklee..saya pon dh cuba mkn ostermatrik ni alhamdulillah tiada lagi krem kaki sewaktu mengandung & yang paling bestnya  saya punya masalah sembelit pun dh hilang..yahoo..Alhamdulillah sangat2..

boleh cuba ye, nak tanya apa2 jom sok sek dengan saya..harga adik beradik je saya bagi :)

Hasanah Sharipuddin
019-4824066
SID 945023

KELEBIHAN ZIKIR DAN DOA

Assalamualaikum wbt buat pengunjung setia laman ini..

Salam Jumaat yang barookah ye teman-teman, semoga hari ini kita perbanyakkan selawat dan tasbih di penghulu hari. Hari ini Ummi teringin utk berkongsi tentang manfaat zikir dan doa. Hati kita ini diciptakan oleh Allah sangat fitrah, hati kita sangat berhajatkan suatu ketenangan dan ketenangan itu boleh hadir dengan proses penyucian jiwa. Ruh kita sangat berkeinginan kepada suasana yang bersih dan suci. Bagaimanakah caranya utk kita mencapai keinginan tersebut? tak lain dan tak bukan hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Apabila tenangnya hati dan jiwa kita, maka aura positif yang ada di dalam akan terpancar keluar melalui tindakan, percakapan malah tulisan juga.


ALLAH SWT berfirman bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada mu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku berada dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka beroleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah: 186)


Kelebihan doa

Biasanya setelah kata sa-alaka atau yas-alunaka ada kata qola yang bermaksud katakanlah wahai Muhammad, namun dalam ayat ini, khusus ALLAH yang menjawab terus tanpa perantara Nabi Muhammad SAW.

Ini untuk menunjukkan bahawa dalam berdoa dan bermunajat kepada ALLAH kita tidak perlu perantara kerana kita boleh terus meminta dan berharap kepada-Nya. Begitu dekatnya Dia dengan hamba-Nya.

ALLAH berfirman: “Berdoalah kepada Tuhan mu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang melampaui batas.” (Surah Al-A’Raf: 55)

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Akan dikabulkan doa orang yang berdoa di antara kalian, selagi dia tidak tergesa-gesa. Iaitu dia berkata, 'aku telah berdoa tetapi tidak dikabulkan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sentiasa akan dikabulkan doa seorang hamba selama dia tidak berdoa dalam perkara dosa, perkara yang memutus silaturahim, serta selama tidak tergesa-gesa dalam doanya”.

Seorang sahabat bertanya, ‘Apa yang dimaksudkan ketergesa-gesaan dalam doa ya Rasulullah?’ Baginda SAW mengatakan: “Dia mengatakan aku telah berdoa, aku telah berdoa namun aku tidak melihat ALLAH mengabulkannya untuk ku’ kemudian dia pun berpaling dan meninggalkan doanya.” (Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang yang berdoa kepada ALLAH dengan doa kecuali ALLAH akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi.

Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan.

Maka sahabat berkata: “Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu? Baginda berkata; seseorang itu berdoa, aku berdoa Tuhan ku, maka perkenanlah segera.” (kata Abu Isa hadis ini gharib, sunan Al-Tarmizi, 3968).




Zikir tingkatkan takwa

Zikir dalam makna umumnya mencakupi semua jenis ibadah daripada solat, puasa, haji, membaca al-Quran, berdoa, memuji, bertasbih serta segala jenis ketaatan lainnya.

Syeikh Abdurrahman bin Sa’di menjelaskan ketika zikrullah disebutkan secara mutlak maka ia mencakupi semua jenis ibadah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dari segi akidah, fikiran, amalan sama ada hati atau anggota badan, pujian terhadap ALLAH, belajar dan mengajarkan ilmu yang bermanfaat dan ketaatan lainnya.

ALLAH berfirman: “Sesungguhnya, Aku ini ALLAH, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku.” (Surah Taha: 14)

Sedangkan makna khusus zikrullah bererti menyebut ALLAH dengan lafaz-lafaz yang berasal daripada ALLAH dengan membaca kitab-Nya, menyebut nama dan sifat-Nya dengan lisan atau dalam hati sesuai dengan yang disebutkan dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW yang kesemuanya itu bermaksud mengagungkan, menyucikan dan mentauhidkan ALLAH.

Dan yang paling penting daripada zikir itu adalah kehadiran hati, di mana lisan mengucapkannya lalu difahami maknanya.

ALLAH berfirman dalam yang bermaksud, “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya akan aku ingat kepada mu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 152)

Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan Muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.

Zikir tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apa pun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya. ubah takdir dengan doa.



 Daripada Tsauban, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik dan tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa.

Sesungguhnya seseorang boleh jadi terhalang rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Hakim, ini lafaz Ibnu Majah)

ALLAH berfirman: “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang tenteram.” (Surah Al-Ra’d: 28)

Mengingati ALLAH atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan jiwa.

Dengan mengingati ALLAH, kita akan merasa ketenangan jiwa kerana menyedari bahawa berada di samping Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-Nya. Apabila dia kembali kepada-Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh.

Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan yang belum pasti keadaannya atau  berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya.

Catatan hujung:)
Ummu 'Ammar
5 Jamadil Awwal 1435