Wednesday, March 19, 2014

Rawat masalah tonsil dengan Nutriferon & vitamin C Shaklee
 
Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang tonsil yang dihidapi oleh anak sulung saya ; 'Ammar Nabhan. Pernah tak dengar pasal tonsil? bagi yang tidak tahu, tonsil ni sebenarnya adalah tisu limfoid yang berada pada kedua-dua bahagian tekak kita. Ok lah, kisahnya begini, 'Ammar ni selalu sangat demam. Boleh kata setiap 4 bulan sekali mesti kena demam. Bila dah demam batuk pun datiag sekali la dengan selsema. Demam , batuk dan selsema tu pun lama nak baik, kira-kira dua minggu jugak la. Kesian dia memang kurus je sebab nampak sangat x cukup zat. Be5banding dengan adik dia; Asma' Solehah ni, badannya berisi, kuat makan dan aktif..sangat jarang demam macam abangnya.
 
Apabila keadaannya makin serius, kami merujuk kepada doctor pakar ENT. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mengatakan anak kami mengidap masalah TONSIL BENGKAK stage 3, so, doctor pun nasihatkan kami utk buat pembedahan memandangkan umurnya pada ketika itu masih muda, so cepat baik luka selepas pembedahan tu nanti. Pro nya, dia akan kembali berselera makan, tubuh nya akan berisi sedikit demi sedikit, jarang mc sebab x demam kerap mcm dulu. Along ni pernah dapat warning dr pihak sekolah sebab rekod kedatangannya paling rendah. Dah la ketua kelas, asyik x datang je;(
 
So, kami pun decide utk operate Along bagi buang tonsil. Cumannya saya nak share disini, selepas pembedahan tu, kami bagi rawatan intensif utk cepatkan proses penyembuhan luka tu.

Ini tonsil dalam keadaan normal :

 
 
Masalah yang sering terjadi adalah berlakunya inflamasi pada tonsil atau dikenali sebagai tonsilitis.
 
Ini pula bagi mereka yang kena tonsilitis :
 


Tonsilitis ni selalunya berlaku pada kanak-kanak dan juga boleh berlaku sekiranya pesakit mempunyai ahli keluarga yang telah menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Tapi ia tak mustahil berlaku juga pada orang dewasa.

Apakah penyebab tonsillitis?

Kebanyakan serangan tonsilitis adalah disebabkan oleh virus seperti HSV, EBV, Cytomegalovirus, Herpes virus, Adenovirus dan Measles virus. selain itu, bakteria anerobik juga boleh menyumbang kepada berlakunya tonsilitis tetapi biasanya hanya sekitar 15-30% sahaja.

Simptom-simptom tonsilitis

- demam

- sakit tekak

- nafas/mulut berbau

- susah/sakit untuk menelan

- berdengkur

- bernafas melalui mulut

- letih dan lemah badan

- air liur meleleh

- susah untuk membuka mulut

- suara serak
 
Apakah suplemen Shaklee yang boleh membantu masalah tonsilitis?

1) nutriferon

2) vitamin C

Nutriferon terdiri daripada pumpkin seed, japanese honey suckle flower, safflower flower dan plantago seed. keempat-empat bahan ini membantu menguatkan sistem imun kita dengan cara meningkatkan penghasilan interferon di dalam badan sehingga ke tahap optimum.


Kelebihan nutriferon shaklee adalah ia merupakan satu-satunya interferon semulajadi di dunia. itu pun setelah dilakukan penyelidikan selama 40 tahun.. suatu tempoh masa yang sgt lama. so, exclusive by shaklee tauuu..xde di mana-mana.



Keunikan nutriferon yang lain,
 
- ia tidak bertoksik
- selamat
- dipatenkan
- terbukti secara klinikal mampu meningkatkan imuniti tubuh dengan berkesan

Vitamin C pula  membantu mencegah jangkitan dan selsema, melawan radikal bebas dan antioksidan yang tinggi. ia membantu meningkatkan imunisasi tubuh kita





Kelebihan chew c shaklee adalah ia :

- daripada ekstrak jagung
- molekul sama seperti buah sitrus
- mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavanoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi vitamin C.


 
Jika anda mempunyai masalah tonsilitis, dan mencari alternatif lain selain antibiotik dan ubat-ubatan hospital, anda bolehlah mencuba Nutriferon shaklee dan vitamin C shaklee yang jauh lebih selamat dan semulajadi.
Untuk Maklumat Lanjut, Hubungi:

Puan Hasanah

019-4824066             






Tuesday, March 18, 2014

SIAPA NAK KULIT CANTIK, BERSERI, BEBAS JERAWAT & JELITA?

Setiap hari kita belek muka di cermin kan? Tengok muka, tenung sana, belek sini...macam-macam style :) Anda ada masalah kulit? Berjerawat? Pigmen? Tanda2 penuaan? Kulit kering/berminyak? Saya cadangkan anda mengambil Shaklee Collagen Powder.. Nak tahu lebih lanjut tentang kolagen.. jom kita baca lebih lanjut.
 
Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantungserta sistem limfa.
Semakin Berkurangan
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakintua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik, pelembabkulit dan anti-penuaan.
Secara umumnya, kesan kekurangan kolagen adalan kesan-kesan penuaan seperti kulit kusam, berkedut dan kendur, pigmentasi kulit, cepat letih dan lesu, sakit badan dan sendi, mudah lupa, kurang penglihatan dan rambut semakin lemah dan kurang.


Menegangkan Kulit
Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia, menyebabkan kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.
Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.
Sumber Kolagen
Kolagen boleh diperolehi daripada banyak sumber, antaranya ialah :
* lembu (bovine) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
* haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung
* tumbuhan – contohnya kacang soya, buahan citrus
* yak – produk dari China
* manusia – plasenta, janin yang digugurkan
 
Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan sumber kolagen adalah daripada sumber yang halal. Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam, kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran.
Kepentingan Kolagen
Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
Memulihkan masalah kulit - apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
Mencantik dan menyuburkan rambut - nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah. 

Menegangkan payudara - kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
Menguatkan tulang - penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
Melambatkan proses penuaan kulit - seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Apakah pula kolagen pilihan saya?? Tentunya Shaklee Collagen Powder.
Berminat?
Hubungi : Puan Hasanah 019-4824066
Facebook Hasanah Sharipuddin

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
RAHSIA PROTEIN
 
Hari ini kita belajar sains sikit ye, ulangkaji balik apa yang kita dah belajar masa sekolah menengah dulu :) 
 
Jom kita teroka balik tentang RAHSIA PROTEIN.
Dipetik dari sini

Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah didedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It’s a basic Science.
 
Pertumbuhan-16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?
 
Metabolisma (otot)
Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.
 
Metabolisma (pencernaan)
Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat. Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins dietKarbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
 
Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin-Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
 
Protein – berapa yang kita perlukan?-Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.
 
Dan ini suplemen protein pilihan saya..

 

  • Sumber terbaik daripada kacang soya
  • Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
  • Vegetable source – soy
  • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
  • PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengenyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik (cthnya saya,ada masalah gastrik)
  • Sesuai untuk orang yang ada Allergies
  • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.
 
Marvelous !!! saya sangat sukakan ESP....menu sarapan wajib saya setiap hari..yummy~
Bagaimana dgn anda?
_______________
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
Puan Hasanah
019-4824066
FB : Hasanah Sharipuddin

 
SET MENAMBAHKAN BERAT BADAN
 
Ada orang terlalu gemuk mahu kurus, ada orang yang terlalu kurus cekeding mahu berisi sikit. Ye la, yang penting kita mesti seimbang antara berat dan ketingan ini, so perlulah kira bacaan BMI kita utk tahu samada berat badan kita ni ideal atau tidak.
 
Soalan2 yang biasa ditanya kepada saya: 
  • cemana ye cara nak tambah berat??
  • kenapa ye saya dah makan macam-macam tapi berat tak nak naik??
  • apakah makanan yg boleh naikkan berat ye??
  • ada suplemen tak utk tambah berat??


 
Okey ye, kali ni saya nak share info kenapa la agaknya orang yg kurus tapi dah makan banyak-banyak pun, berat tak nak naik. Punya la usaha macam-macam nak tambah berat badan. Daripada pembacaan saya, salah satu sebab kenapa berat susah naik kerana orang tersebut mempunyai masalah pada sistem ususnya. Lebih spesifik lagi masalah pada bahagian vilus.


Vilus tu ape ye?
 
Kalau nak tahu, vilus ni lapisan yang terdapat pada dinding usus. Ia berfungsi untuk menyerap nutrisi dalam makanan. Lapisan pd dinding usus ni macam karpet. Keadaannya kesat dan tidak sekata. Di sebabkan keadaan itu la walaupun kita dah membuang hari-hari masih banyak lagi sisa buangan yang tertinggal dalam vilus ni.

So, untuk anda yang mempunyai masalah kurang berat badan, lapisan vilus anda tidak sihat. Lapisan vilus anda tidak bersih maka penyerapan nutrisi tidak berlaku secara maksima. Walau banyak mana pun yang anda makan, anda tidak akan mempunyai cukup nutrisi dan jika anda makan tanpa kawalan untuk kandungan lemak dan karboidrat. AWAS!!! anda sebenarnya terdedah kepada risiko KOLESTROL yang boleh menyebabkan PENYAKIT JANTUNG dan kita tahu bahawa penyakit jantung ni adalah pembunuh manusia PERTAMA di dunia.

Kepada anda yang mengalami masalah ni dan mencari-cari cara untuk tambah berat badan, jangan rasa tertekan ye. InsyaAllah ada penyelesaiannya.
 
Pilihlah produk/suplemen yang SEMULAJADI, TIADA PEWARNA DAN PERASA TIRUAN. InsyaAllah Vitalea, B complex, Mealshake membantu.
 
 

Jom tambah berat badan dengan Shaklee.
 
Berbalik kita kpd masalah vilus tadi, saya sangat menyaran anda untuk mengambil HERBLAX. Ia berfungsi sebagai DETOX. ia mencuci usus anda agar lebih bersih seterusnya dapat mengoptimumkan penyerapan suplemen yang lain. InsyaAllah

So, jangan susah hati ye. Usahakan untuk tambah berat dengan Shaklee secara sihat. ramai yang dah cuba dan dan merasai kebaikannya termasuklah emak saya sendiri.   So, jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen2 di atas, apa kata hubungi saya untuk maklumat lanjut.

 
Puan Hasanah
019-4824066
FB : Hasanah Sharipuddin


 




 

 

 
ANAK KERAP DEMAM, KURANG SELERA MAKAN & SEMBELIT?
 
Acapkali saya diajukan soalan2 seperti di bawah. Berikut adalah ayat-ayat dari pelanggan saya bertanyakan ; apakah suplemen yang boleh membantu anak-anak mereka. Rata-rata ibu2 yang bertanya adalah kerana anak mereka sering tidak sihat, selalu demam, selsema, batuk secara kerap. ramai juga yang mencari suplemen kerana anak mereka mengalami sembelit dan tidak suka atau memilih makanan.
 
"Saya hantar anak saya ke nursery dan taska. nak buat macamana..saya kerja.. kena hantar la jugak...Saya susah hati apabila anak saya sering demam, selsema, batuk. baru aje baik..tak lama lepas tu kena balik. kesian sy tengok."
---
"anak saya ni..kurus aje... makan tak berapa nak..main2 banyak. susah sangat nak panggil makan. macamana ye nak buat kak??"
---
"ädoilaa...akak...tlg saya..anak saya..bila membuang je..mesti sembelit.. tak tau nk buat cemana lagi dah ni.."

---

Jawapan saya : berilah mealshake kepada mereka, kerana apa??

Kerana Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda. 

Tahukah anda??

Anak2 yg sering tidak sihat, selalu demam, selsema, batuk, sembelit dan tiada selera makan adalah kerana tubuh mereka kekurangan nutrisi. Selain daripada itu, imun sistem mereka juga lemah. Kita berikan multivitamin, protein dan fiber (mealshake membekalkan kesemua nutrisi) kepada mereka. InsyaAllah, mereka akan menjadi lebih sihat, bersemangat, mudah belajar.

Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added.
•a wholesome instant breakfast
•a delicious,inexpensive meal in hurry
•a nutrition packed meal supplement
•a detectable snack any time
•an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholestrol and sodium


*Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun ke atas dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Untuk maklumat lanjut, saya boleh dihubungi di :

Puan Hasanah
019-4824066
MEMORI INDAH BERSAMA SHAKLEE : HAMIL, BERPANTANG & MENYUSU

Assalamualaikum wbt buat pembaca setia..

Tik tok tik tok..kejap je masa berlalu, melihatkan Muhammad Al-Fateh ni cepatnya besar, ummi pun tak sedar anak ummi yang soleh ini dah 11 bulan rupanya..bulan depan cukup setahun umur adik ye..
tak puas lagi rasanya nak peluk2 dia..bila dia dah start "dapat kaki" banyak pengalaman baru yang dipelajari. Ummi terkenang sorang2 saat-saat indah sewaktu mengandungkan Fateh ni, suatu memori yang cukup manis dan bermakna.

Okey lah...Hari ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya dengan Shaklee. Kenapa saya memilih Shaklee dan setia dengan Shaklee. Dari pengalaman sendiri, yang ingin mencuba sesuatu yang BERBEZA!...Saya start ambil semenjak mengandung.. kemudian berpantang dan sekarang menyusu Fateh sampai sekarang..

Apa yg saya RASA??

1. Saya rasa tubuh sy lebih sihat, lebih bertenaga, lebih ceria, x stress, walau tak cukup tidur mlm2..tp mudah je bgn pg.. xde rasa letih pun..tubuh dpt sustained energy tu utk sepanjang hari...dan setiap pg mudah membuang..

2. Semasa mengandung..saya xde dh alami cramp2..xde sakit2 betis tu...badan pun rasa ada tenaga.. dan hb sy maintain cantik.

3. Dalam pantang..saya tak ambik apa2 jamu..hanya Shaklee semata2...alhamdulillah..sy rasa sihat, bertenaga..2 minggu je mak merua jaga..pastu..sy berpantang sendiri..jaga 4 org anak, memasak, kemas rumah..semua sy buat sendiri...lps seminggu..jiran yang datang ziarah tegur...nmpk dah sihat..mcm bukan dlm pantang..muka xde nmpk pucat...
 
4. Susu saya meriah..cukup untuk anak saya sehingga sekarang (br 11 bulan) dan saya suka sbb susu sy nmpk lebih pekat, creamy, warna kuning2 camtu...lapisan lemak sgt tebal...kalau tgk blk...lapisan lemak tu 95% dr overall susu..saya sgt suka. BONUS nya blh share susu ni dgn akak dia yang umurnya 2 tahun masa tu.

5. Kulit saya lebih halus...sy x pakai apa2 pencuci muka, tak pakai apa2 cream... best je rasa...

6. alhamdulillah..bby sy pun sihat... setakat ni sekali je demam..dan cepat recover..dia demam x sampai sehari..(umur dia 11 bulan) mungkin berkat dr sy yg ambik suplemen ni secara konsisten..dan dgn pertolongan dan izin dari Allah.. Alhamdulillah

Apa yg saya ambik??
 
Utk preggy saya ambik :
  • vitalea
  • vitamin c
  • B complex
  • ostematrix
  • omegaguard (trimester 2&3
  • ESP soy protein isolate powder
 
 
Utk berpantang, saya ambil :
  • vitalea
  • vitamin c
  • B complex
  • zinc
  • ostematrix
  • ESP soy protein isolate powder
 
 
Dan sekarang, untuk menyusukan anak saya, saya ambil :
  • vitalea
  • vitamin c
  • B complex
  • alfalfa
  • ostematrix
  • ESP soy protein isolate powder
dan juga suplemen lain utk maintain kesihatan...VIVIX, mealshake, performance drink, zinc, vit E, gla complex, omega, lecithin....akan dating COLLAGEN pulak. Banyakkan??? saya ambik banyak sebab saya rasa best sangat produk shaklee nih... :) i likeeeee
 
Jom ambil suplemen semasa hamil, berpantang dan menyusu bayi...InsyaAllah anda takkan menyesal kerana memilih Shaklee.

Berminat, harga kasih saying utk anda !

Puan Hasanah
019-4824066






 
CINCH SHAKE SHAKLEE
 
Assalamualaikum buat teman-teman yang setia...
 
BERITA BAIK ! Haa...hari ni nak share tentang produk yang dicipta khusus bg yang ingin kuruskan badan ye !
 
Cinch Shake Shaklee
 

Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.
 
Kehebatan CINCH SHAKE ni ialah :
 
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut.
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan.
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang.
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian. 
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting.
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.
  • Soya bukan GMO
So bagi yang nak diet tu sangat SESUAI ambik CINCH SHAKE ni..sangat mudah..just bancuh pastu shake-shake je dgn jus...sejuk dan nyaman je...
 
Berminat? boleh cuba ni ye..harga kasih saying untuk anda !
 
Puan Hasanah
019-4824066
 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.