Tuesday, September 24, 2013

Assalamualaikum semua…Hari ni saya nak kongsi tentang ESP pula, juga salah satu produk paling HOT keluaran Shaklee. Ya, memang kebanyakan set supplemen Shaklee mengandungi ESP. Sebab apa? Sebab ESP sangat penting dalam diet harian kita dan bagi saya, semua orang perlu dapatkan produk ini. KEMPEN 1 rumah, 1 ESP ye!!
Kalau anda masih tak percaya, ayuh baca fakta berkenaan ESP.
Apa itu ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.
Sounds familiar? Mungkin anda dah pernah consume supplemen berasaskan soya keluaran jenama lain. So, apa bezanya dengan soya yang digunakan dalam ESP Shaklee?
Perbezaan Shaklee
Shaklee menggunakan protein soya Non-GMO. Apakah bendanya tu? Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya itu bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen Shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.
Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Non-GMO ialah ringkasan bagi Non Genetically Modified. Maksudnya, genetik kacang soya yang tidak mengalami pengubahsuaian atau menggunakan bahan kimia semasa ia ditanam untuk menjadikan soya itu lebih besar atau cepat besar/ matang. Soya yang terkandung dalam ESP ditanam secara semulajadi dan dijaga sehingga ia sedia untuk dituai. ESP dicuci dengan air (bukan menggunakan bahan kimia atau alkohol) bagi mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
GMO pula dihasilkan secara tiruan menggunakan bahan kimia supaya cepat membesar dan boleh dituai dalam waktu yang singkat. GMO soya dijual dengan harga yang lebih murah tetapi memberi kesan negatif kepada consumer seperti kanser, fungsi tiroid menjadi lemah, sel darah bercantum sesama sendiri dan lain-lain. 90% soya yang dijual di pasaran adalah GMO! So, berhati-hati lah wahai penggemar minuman soya sekalian.
Selain itu, Shaklee ESP diproses dibawah suhu yang rendah bagi menjaga kandungan asid amino. Apakah itu asid amino? Asid amino ialah monomer bagi protein. Ia terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia diperolehi dari makanan. Terdapat 9 jenis asid amino perlu dan ianya dipanggil sebagai asid amino lengkap. ESP mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu!
Siapa yang perlukan ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan mengambil ESP. Ia sesuai untuk semua:
  1. Individu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
  2. Individu yang ingin menguruskan badan: hanya bancuhkan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.
  3. Wanita hamil: membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.
  4. Ibu-ibu yang menyusukan anak: membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
  5. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  6. Individu yang mementingkan penjagaan kulit muka: membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.
Pendek kata, semua perlukan ESP! Tak kira lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, nak tambah tenaga… anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insya-Allah..
Anda bukan penggemar soya?
Jangan risau, anda sama seperti saya. Berikut beberapa pilihan yang membolehkan kita boleh menelan ESP.
  1. minum begitu sahaja
  2. campur dengan Milo
  3. campur dengan susu contoh Anmum, Fernleaf, Omega 3
  4. campur dengan Oren Twister
  5. campur dengan kurma, susu dan diblend dengan ais
atau apa-apa sahaja mengikut kreativiti anda. Ia hendaklah dibancuh dengan air suam atau sejuk. Jangan bancuh dengan air panas kerana ia boleh merosakkan zat yang ada di dalam ESP ini. Ingin lebih sedap, boleh shake.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa. Anda juga boleh menggunakan ID saya bagi menikmati harga ahli di mana-mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia.
Facebook: Hasanah binti Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel / YM: hasanah81@yahoo.com
SMS/ Whatsapp: 019-4824066

Saturday, September 21, 2013

SLIMMING SET SHAKLEE

Assalamualaikum wbt sahabat yang disayangi semua...

Semua orang yang gemuk dan berisi pasti teringin nak kurus kan? Ye la..kurus tu satu nikmat utk kita hidup dengan cara yg lebih sihat, bila badan berisi / gemuk, potensi utk mendapat penyakit sangat tinggi...sekarang ni macam2 penyakit segera ; KENCING MANIS, DARAH TINGGI, GOUT, STROK, OBESITI, SAKIT JANTUNG, KANSER dan macam-macam lagi.

Sebelum semua penyakit tu datang, lebih baik kita bertindak segera dengan menjaga cara hidup kita dari segi pemakanan, corak tidur seharian, dan senaman. Sesetengah orang jenis mudah utk turunkan berat badan, namun ada sesetengah yg lainnya pula LIAT betul utk buang lemak dan lebihan air..pernah dengar tak orang kata ; Oh saya ni GEMUK AIR, Oh dia tu GEMUK LEMAK..

So, sesiapa yang ada masalah seperti di atas tu, apa kata cuba SLIMMING SET ni?


 

 Apakah fungsi setiap suplemen dalam Set Mengawal Berat Badan Shaklee?


Langkah pertama : MEMBAKAR LEMAK

Berat berlebihan adalah berpunca daripada pengumpulan lemak berlebihan dalam badan. Ia perlu dibakar / dicairkan terlebih dahulu sebelu...m boleh dinyahkan dari badan. Suplemen yang sesuai untuk membakar lemak adalah:

Lecithin
•Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
•Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
•Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
•Membantu kawal paras triglycerides.
•Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat pada pembuluh-pembuluh darah.
•Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

Omega Guard
•Mengandungi asid lemak Omega 3 yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan.
•Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar.
•Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar.
•Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3.

Pasti nanti ada yang bertanya, “ Jadinya, nak ambik Lecithin atau Omega Guard?”.
Jawapan saya mudah aje. Semua bergantung kepada tahap kemampuan anda. Jika bajet sedang-sedang saje, beli tiket bas..tapi lambat la sikit nak sampai..beli Lecitin ok?
Kalau nak cepat, macam naik kapal terbang, kena lah beli tiket mahal sikit. So, kalau nak bakar lemak dengan cepat, pilih lah Omega Guard.

Langkah kedua : MEMBUANG TOKSIK

Setelah lemak dibakar / dicairkan, ia perlulah dikeluarkan dari badan. Proses membuang pula haruslah dibuang sehabis-habisnya, tak nak ada sikit pun tertinggal. Suplemen yang sesuai ialah:

Herb-Lax
• Membersihkan najis tersekat
•Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita
•Membantu masalah sembelit
•Mengempiskan perut

Alfalfa
•Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
•Membantu membuang angin dalam badan.
•Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
•Mencuci usus bagi membuang toksik
•Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
•Melegakan sembelit

Hishhh, confiusnya? Mana satu nak ambik? Sama juga, bergantung pada kemampuan dan keperluan. Herb-Lax ni lebih fokus kepada detoksifikasi, manakala Alfalfa mempunyai banyak lagi khasiat lain seperti milk-booster, memberi kelegaan semasa haid, merawat arthitis, elergi, ekzema dan athma, menghilangkan kelesuan dan tekanan, mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang, meneutralkan asid dalam badan, merawat masalah keputihan pada wanita, membesar dan menegangkan payudara, bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri, memulihkan urat selepas bersalin, meningkatkan stamina seorang suami dan melegakan sakit sendi dan belakang.

Langkah ketiga : MEMBINA OTOT

Setelah lemak dibakar dan dibuang dari badan, anda mungkin mengalami keadaan dimana kulit dan otot menjadi kendur. Sebab itu anda perlukan suplemen untuk membina semula otot-otot tersebut. Suplemen yang sesuai ialah:

Cinch Shake
•Minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Didatangkan dalam 3 pilihan perisa iaitu cafe latte, chocolate dan vanila.
•Diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.
•Leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.
•Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.

Energizing Soy Protein (ESP)
•Dihasilkan daripada kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) dan terkenal sebagai energy-booster atau pemangkin tenaga. Tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya.
•Mengandungi 22 jenis asid amino dan termasuklah 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri.
•Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan.
•Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Lebih kurang sama jer kan? Nak pilih yang mana satu? Ikut bajet anda, ok! Kalau suka yang berperasa sedap, pilih lah Cinch Shake.

Apapun, nak mendapatkan berat badan idaman perlu ada disiplin. Suplemen hanya membantu mengawal berat badan anda, tapi anda juga perlu mengubah tabiat makan. Contohnya, jangan makan sebelum lapar. Kalau ada kesempatan, sekali sekala keluar lah bersenam. Dalam masa yang sama, anda perlu minum air masak yang cukup, sekurang-kurangnya 3L air kosong bagi memastikan semua suplemen diserap dengan sempurna oleh badan dan memudahkan toksik dibuang keluar dari badan.

Hubungi saya untuk konsultasi atau pertanyaan lanjut. Jika anda membeli dari saya, saya pasti berikan harga istimewa! Anda juga boleh menggunakan Shaklee ID saya bagi menikmati harga ahli di mana-mana cawangan Shaklee di seluruh Malaysia.

Hasanah binti Sharipuddin
SMS / Whatsapp : 019-4824066
Shaklee ID: 945023