Thursday, March 6, 2014

TESTIMONI ANAK-ANAK DENGAN MEALSHAKE


Assalamualaikum wbt buat pembaca yang saya sayangi selalu...

Saat ni saya rasa terpanggil utk berkongsi cerita dan rasa berkaitan dengan anak-anak saya yang mengidapi ASMA..ataupun dalama bahasa orang kampungnya LELAH ! Asma ni boleh menyerang siapa sahaja, tetapi yang paling menyedihkan bila kanak-kanak yang masih kecil diuji dgn penyakit sebegini. Saya dan suami juga pernah alami situasi yang sama. Kisah anak2 kami yang sangat istimewa ni :
 
- 'Ammar  - x selera makan, kurus cekeding, selalu demam dan batuk, ada tonsil yang bengkak..doktor kata STAGE 3, perlu operate segera!

- Asma' - eczema dan lelah.

-Fatimah - lelah dan bronchitis

 
 
 
Saya ingat lagi, dulu masa anak kedua kami iaitu Asma' Solehah kena eczema sejak kecil memang habis teruk badan dia, sangat alergik dengan habuk, debu, cuaca dan makanan juga..habis pelipat-pelipat bawah lengan, belakang lutut, bawah ketiak, bawah leher dan juga betis..kami puas sudah berubat cara moden dan kampung,..jumpa doktor pakar kulit, pegi berubat guna daun la..apa yang  orang suggest kami buat..and sometimes bila dia tak jadi eczema, dia akan kena lelah..memang tragis sgt..selalu kena bawa ke emergency ambil nebulizer..saya pun dah boleh hafal jenis ubat yang doctor bagi.. dan masalah yang sama juga berlaku kepada anak saya yang ketiga iaitu Fatimah Az-Zahra'..
 
Huhu..ujian kami dengan penyakit ni terjadi kepada Fatimah, tapi dia x de eczema, cuma ada ASMA je..dia start kena dr umur dia 2 bulan macam tu, admit ward dan doctor kata kena ACCUTE BRONKITIS ! sedih sangat masa dlm wad..sebab dia kena buat fisioterapi, kena suction / sedut kahak guna wayar..doctor masukkan wayar dari hidung ke atau dari mulut..x ingat dah..tapi memang berdarah la..duduk la ummi dengan Fatimah di wad selama 4 hari...and bila prosedur selesai boleh keluar wad dan sambung dengan ubat di rumah pulak..since that, dia kerap selsema, batuk dan demam sebab antibody dia lemah..tapi memang saya notice dari awal bila dia mandi atau main air lama2 dia akan start dengan selsema, pastu melarat jadi batuk, banyak kahak dan bila dah kahak banyak lung dia jadi sempit sebab saluran pernafasan tu tersekat kerana kahak..cepat2 la my hubby bw ke emergency ambil nebulizer lagi..pernah sekali jam 3 pagi rushing ke hospital sebab dia dah semput ;(
 
Fatimah ni pun jenis yang susah nak makan, harapkan susu je..nasi tu seminggu memang dia xnak..pening ummi dan abinya fikir..apa nak buat ni..xkan bergantung kepada susu je..bila minum susu banyak kencing pun banyak dan pampers pun laju je..
 
Si 'Ammar ni bdn kurus cekeding, bukan sebab dia x nak makan tapi bila dia makan selalu rasa sakit di tekak..rupa2 nya tonsil dia bengkak, dia x boleh makan pedas, x boleh makan yang keras2..dalam setahun tu boleh kata 4-5 kali demam dan dapat MC..pernah cikgu warning sebab selalu sangat x datang sekolah..kesiannya anakku..masa tu umur dia tujuh tahun ..darjah satu..dah la jadi ketua kelas..memang banyak guna suara utk beri salam, bagi arahan pada kawan2..lastly kami buat operation buang tonsil tu last year..
 
So kami try bagi pada anak2 ni MEALSHAKE..kebetulan masa tu promosi buy 6 free 1, so ummi pejam mata je la beli dan dpt FREE MEMBERSHIP LIFETIME ....sebab masa tu anak2 tengah demam, batuk, selsema dan lelah juga..bimbang penyakit ni berjangkit dengan baby Fateh ni yang umurnya baru 2 bulan masa tu...
 
Masuk tin yang kedua Alhamdulillah nampak kesan pada anak2..si 'Ammar dah x selalu ponteng sekolah, dulu selalu MC sebab demam dan bengkak tonsil, Asma' dah kurang eczema dan lelah pun dah x de sangat.. yang paling ketara pada Fatimah sebab pernah satu hari tu dia minta nasi..
"mi..nak cik (ummi, nak nasi)
 
ummi ni rasa nak nangis..sebab dia memang susah nak makan.

AlhamduLILLAH. Mealshake ni senang je nak bagi anak2 sbb boleh bancuh dalam susu diorang. Sehari sekali, satu sudu teh campurkan dalam susu mereka. But, what are the nutrition facts in Mealshake? haaa.. ni diaaa…

mealshake
Functions of Meal Shake :
Shaklee Meal Shakes can be used as supplements for added nutritional insurance, delicious between-meal snacks, or beverages with meals. It provides 30% of the Daily Value (DV) for protein and 35% or more of the DVs for 19 essential vitamins and minerals. It is good sources of dietary fiber.
AlhamduLILLAH, anak2 makin sihat dan kami SANGAT bersyukur atas perubahan mereka
--------------------------------------------------------
Jom baca 6 fakta tentang Mealshake ni..
 
  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion.
  • Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar. 

 
Untuk maklumat lanjut, sila sms 019-4824066 atau Facebook: HASANAH SHARIPUDDIN untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


KREM KAKI KETIKA MENGANDUNG ?

Assalamualaikum wbt buat teman-teman yang setia di sini..
 
Siapa di sini yang pernah kena "SIMPUL MENGKARUNG" @ KREM KAKI? Cuba angkat tangan !
 
Ada yang nak angkat tapi malu-malu kucing pulak :) ok xpe.. angguk dalam hati je ye..kalau nak tahu, orang yang mengandung selalu kena benda ni, even dulu pun saya selalu kena..bayangkan tengah syokkk tido tiba-tiba dia tarik kaki zuppp terus krem (mase ni mmg menagis tahan sakit tau huhu azab dia, Ya Allah sakitnyaa..tuhan je tahu...nak tahu SEBAB ape??
 
 
 
 
Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi meregangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

"Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan .

"Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

"Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,'' ujarnya.

Terang beliau lagi, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.
 
 
Al-kisahnya dulu la masa pregnant..memang sejak pregnant yang pertama, kedua, ketiga alami benda yg sama..Yang keempat dulu dah standby siap2..Ok, saya memang teruja dgn vitamin Shaklee, tapi sekarang saya ceritakan pasal OsteMatrix dulu yer. Saya ambil OsteMatrix 4biji setiap hari sebelum tidur. Mula2 biasa ajer, xder apa2 perubahan, tp masuk hari ke-3, saya dah xrasa sakit bila saya bgn tidur. Alhamdulillah....

Sejak itu saya konsisten ambil 4 biji OsteMtarix setiap malam. Dan sepanjang tempoh kehamilan, saya sgt kurang mengalami sakit belakang (bukan xder langsung), dan yg plg best, saya langsung xkena kejang urat! Dulu masa mengandung anak pertama, kedua, ketiga bila tgh2 mlm, mesti saya kena kejang urat (kaki di bahagian betis ke bawah xboleh gerak). Yang menjadi mangsa my hubby lah...tengah2 malam tu, terjerit-jerit panggil dia minta tolong urut betis dgn minyak, memang dahsyat sakitnya sebab ia tarik urat tu sampai pinggang, tak boleh gerak langsung..saya akan kejut dia, minta dia urutkan. 
Apapun semuanya dengan izin Allah jua kan?
 

 
Jadi senang je nk hilangkan MENGKARUNG tu..hihi..untuk protect simpul mengkarung ni..jum try ostermatrik shaklee..saya pon dh cuba mkn ostermatrik ni alhamdulillah tiada lagi krem kaki sewaktu mengandung & yang paling bestnya  saya punya masalah sembelit pun dh hilang..yahoo..Alhamdulillah sangat2..

boleh cuba ye, nak tanya apa2 jom sok sek dengan saya..harga adik beradik je saya bagi :)

Hasanah Sharipuddin
019-4824066
SID 945023

KELEBIHAN ZIKIR DAN DOA

Assalamualaikum wbt buat pengunjung setia laman ini..

Salam Jumaat yang barookah ye teman-teman, semoga hari ini kita perbanyakkan selawat dan tasbih di penghulu hari. Hari ini Ummi teringin utk berkongsi tentang manfaat zikir dan doa. Hati kita ini diciptakan oleh Allah sangat fitrah, hati kita sangat berhajatkan suatu ketenangan dan ketenangan itu boleh hadir dengan proses penyucian jiwa. Ruh kita sangat berkeinginan kepada suasana yang bersih dan suci. Bagaimanakah caranya utk kita mencapai keinginan tersebut? tak lain dan tak bukan hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Apabila tenangnya hati dan jiwa kita, maka aura positif yang ada di dalam akan terpancar keluar melalui tindakan, percakapan malah tulisan juga.


ALLAH SWT berfirman bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada mu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku berada dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka beroleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah: 186)


Kelebihan doa

Biasanya setelah kata sa-alaka atau yas-alunaka ada kata qola yang bermaksud katakanlah wahai Muhammad, namun dalam ayat ini, khusus ALLAH yang menjawab terus tanpa perantara Nabi Muhammad SAW.

Ini untuk menunjukkan bahawa dalam berdoa dan bermunajat kepada ALLAH kita tidak perlu perantara kerana kita boleh terus meminta dan berharap kepada-Nya. Begitu dekatnya Dia dengan hamba-Nya.

ALLAH berfirman: “Berdoalah kepada Tuhan mu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang melampaui batas.” (Surah Al-A’Raf: 55)

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Akan dikabulkan doa orang yang berdoa di antara kalian, selagi dia tidak tergesa-gesa. Iaitu dia berkata, 'aku telah berdoa tetapi tidak dikabulkan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sentiasa akan dikabulkan doa seorang hamba selama dia tidak berdoa dalam perkara dosa, perkara yang memutus silaturahim, serta selama tidak tergesa-gesa dalam doanya”.

Seorang sahabat bertanya, ‘Apa yang dimaksudkan ketergesa-gesaan dalam doa ya Rasulullah?’ Baginda SAW mengatakan: “Dia mengatakan aku telah berdoa, aku telah berdoa namun aku tidak melihat ALLAH mengabulkannya untuk ku’ kemudian dia pun berpaling dan meninggalkan doanya.” (Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang yang berdoa kepada ALLAH dengan doa kecuali ALLAH akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi.

Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan.

Maka sahabat berkata: “Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu? Baginda berkata; seseorang itu berdoa, aku berdoa Tuhan ku, maka perkenanlah segera.” (kata Abu Isa hadis ini gharib, sunan Al-Tarmizi, 3968).




Zikir tingkatkan takwa

Zikir dalam makna umumnya mencakupi semua jenis ibadah daripada solat, puasa, haji, membaca al-Quran, berdoa, memuji, bertasbih serta segala jenis ketaatan lainnya.

Syeikh Abdurrahman bin Sa’di menjelaskan ketika zikrullah disebutkan secara mutlak maka ia mencakupi semua jenis ibadah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dari segi akidah, fikiran, amalan sama ada hati atau anggota badan, pujian terhadap ALLAH, belajar dan mengajarkan ilmu yang bermanfaat dan ketaatan lainnya.

ALLAH berfirman: “Sesungguhnya, Aku ini ALLAH, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku.” (Surah Taha: 14)

Sedangkan makna khusus zikrullah bererti menyebut ALLAH dengan lafaz-lafaz yang berasal daripada ALLAH dengan membaca kitab-Nya, menyebut nama dan sifat-Nya dengan lisan atau dalam hati sesuai dengan yang disebutkan dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW yang kesemuanya itu bermaksud mengagungkan, menyucikan dan mentauhidkan ALLAH.

Dan yang paling penting daripada zikir itu adalah kehadiran hati, di mana lisan mengucapkannya lalu difahami maknanya.

ALLAH berfirman dalam yang bermaksud, “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya akan aku ingat kepada mu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 152)

Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan Muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.

Zikir tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apa pun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya. ubah takdir dengan doa.



 Daripada Tsauban, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik dan tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa.

Sesungguhnya seseorang boleh jadi terhalang rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Hakim, ini lafaz Ibnu Majah)

ALLAH berfirman: “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang tenteram.” (Surah Al-Ra’d: 28)

Mengingati ALLAH atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan jiwa.

Dengan mengingati ALLAH, kita akan merasa ketenangan jiwa kerana menyedari bahawa berada di samping Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-Nya. Apabila dia kembali kepada-Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh.

Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan yang belum pasti keadaannya atau  berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya.

Catatan hujung:)
Ummu 'Ammar
5 Jamadil Awwal 1435