Friday, March 21, 2014

AMALAN MENENANGKAN JIWA


Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia bukan ujian semata-mata tetapi juga untuk mendekatkan kita dengan-Nya.

fa 03.1 Amalan penenang jiwa
BERSIHKAN diri dan jiwa dengan ayat-ayat suci al-Quran.


logo ren nurani Amalan penenang jiwa

DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain. Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah‘- surah al-Nisa’:8.
 
 Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.
 
Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:
 
*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).
*Puasa wajib dan puasa sunat.
*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).
*Menunaikan haji.
*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).
*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.
*Bertafakur.
*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.
*Muhasabah diri.
*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.
*Tawaduk’ dan sifat qanaah (berpada-pada).
*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.
*Ketahui cara menghindar penyakit hati.
 
Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.

fa 03.2 Amalan penenang jiwa
AMALAN berzikir mendekatkan diri kepada Allah.

Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.

Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:
 
*Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.
*Latihan untuk mendisiplinkan diri.
*Memupuk sikap sabar.
*Mewujudkan rasa insaf.
*Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.
 
Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.
 
Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud ‘…dan Tuhan kamu berfirman, ‘berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu‘- surah al-Mukmin : 60, dan ‘Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian’ -surah al-Baqarah: 168.
 
Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:
 
*Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.
*Mendorong penjelajahan fikiran.
*Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.
*Mendorong untuk celik akal.
*Mewujudkan kesedaran kendiri.
*Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.
 
Firman Allah yang bermaksud, ‘Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia‘ – surah ali-Imran : 191.
 
Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.
 
 
Allahurabbi..bantulah kami menjadi hamba Mu yang redha dan sabar atas segala ujian dari Mu.
 
 

CARA MUDAH HILANGKAN EYEBAG!

Nak tau cara mudah untuk hilangkan eyebag atau kantung mata? Tapi sebelum tu, tahukah anda apakah punca eyebag seringkali terjadi? Menurut kajian, masalah ini terjadi bila anda tak mendapat tidur yg cukup dan berkualiti. Bila keadaan ini berterusan, wajah akan menjadi pucat dan muncullah eyebag. So, pastikan lepas ni anda cukup rehat dan tidur ye!

 
cara hilangkan eye bag

Selain itu, ada cara mudah untuk hilangkan eyebag ni. Antaranya:

1) Uncang Teh
 
Setelah membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.

2) Timun
 
Ramai yg sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.

3) Kentang
 
Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.

4) Susu
 
Boleh juga gunakan susu sekiranya cara di atas tak berjaya. Caranya celupkan kapas ke dalam susu dan letakkan di kelopak mata. Biarkan selama 20-30 minit. Insyaallah masalah eyebag akan berkurangan.

5) Putih Telur
 
Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan buatkan mata semakin segar.

6) Air kosong
 
Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong. Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

7) Shaklee Collagen Powder (SCP)
 
Sekiranya semua cara di atas kurang berkesan, SCP boleh membantu anda seperti pengguna di bawah. Bukan saja eyebag semakin berkurangan, kulit wajah pun semakin anjal dan awet muda!

 

Untuk Info dan Order:
 

Hasanah Sharipuddin
Shaklee Independent Distributor [ID: 945023]
SMS/Whatsapp: 019-4824066