Thursday, February 27, 2014

PUDING ROTI SIMPLE


Assalamualaikum...buat teman-teman yang disayangi selalu.

Hari Jumaat yang sangat sibuk! Tak sempat nak update pagi tadi... dah tengahari barulah boleh layan blog ni. Dessert ni  favourite anak saya yang sulong tu, si 'Ammar Nabhan. Tapi abi, K.Ngah dan si Fatimah pun suka juga. Semua kata sedap!  Berbaloi2..Oklah.. terus jelah ke resepi yang nak dikongsikan hari ni.  Takde resepi pelik2 pun.. ini resepi yang dah selalu orang lain buat. Saya sendiri pun dah beberapa kali dok buat.  Tapi.. selalu tu dok buat takde sosnya.. kali ni baru terasa rajin sikit nak buat sosnya.. makan pun sedaplah sikit kan?  Sedap banyak sebenarnya... hehee

Resepi ni simple je, so rasanya semua org boleh buat. Jika nak dijadikan sebagai dessert pun boleh. JOm kita tengok apa bahan dan cara membuatnya.
 
Kita show gambar nya dulu ye..bagi aura kesedapannya meresap ke mata pembaca..
 
 

Puding Roti Sos Kastard

Bahan-bahan :
 
Puding
8/10 keping roti Gardenia (dikoyakkan)
1 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1/3 tin susu manis (jika manis kurangkan sikit ye, agak2 je)
1 tin susu cair
Sedikit kismis (utk hiasan)
 
Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
 
CARA:
1. Pukul telur. (saya guna garfu je, x perlu la rasanya pakai mixer)
2. Masukkan esen vanilla + 1/3 tin susu manis + 1 tin susu cair. Pukul sikit lagi bagi sebati.

3. Tuangkan roti yg dikoyakkan tadi di dalam adunan.
4. Sapukan loyang dengan marjerin (utk elakkan adunan dari melekat).
5. Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam Loyang.
6. Taburkan kismis di atas puding tersebut.
7. Tutup loyang tadi dgn aluminium foil (utk elakkan titisan air jatuh ke dalam puding).
8. Kukus puding selama 1 jam.
 
  • Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar sehingga agak pekat.
  • Puding yang telah masak tadi sejukkan dahulu kemudian barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
  • Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
Walla..inilah hasilnya. Mabeless..




Ehmm..nikmatnya makan musim panas gini :)
Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Hasil Nukilan :
Ummu 'Ammar

 
 

No comments:

Post a Comment