Friday, March 7, 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalamualakumbuat pembaca yang saya sayangi selalu...

Adat kebiasaan bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua sudah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua sudah bertiga, berempat.. kita masih berdua. Semuanya aturan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya. Namun begitu, perlu kita ketahui punca yang menyebabkan sukar bagi isteri pasangan tersebut utk hamil. Serta berusaha mencari penawar setelah diketahui punca kepada permasalah yang dialami.


Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya
Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita):
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

 Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.
 
Bersenam.Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
 
Mengelakkan pencemaranMungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.
 
Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan.
 
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:
 
Vita-Lea – kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
 
B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma
 
Vita C – Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
 
Vita E & Selenium – bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
 
Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
 
Zinc – meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
 
Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
 
Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua sekali ke?
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan.
 
Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc
 
Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa.
 
Untuk mendapatkan produk ini dengan harga istimewa, hubungi saya:-
 
Facebook: Hasanah Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel/ YM: hasanah81@yahoo.com.my
SMS/ Whatsapp:019-4824066

NUTRIFERON SHAKLEE

Apa itu Nutriferon? Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.



Nak tau siapa yang menciptanya? Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi dalam badan.
Siapa yang perlukan Nutriferon? Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/ antibodi seperti flu, demam, cancer, resdung, asma dan sebagainya, tetapi harus diingat bahawa produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit.

Bagaimana ia bertindak? Nutriferon bekerja dalam dua cara;
  1. segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan;
  2. menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan
NutriFeron direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini:
  1. Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  2. Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  3. Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  4. Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia – Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi – Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon – Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif – NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 Tahun Kajian – Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron. 
So, kalau rasa-rasa malas nak bawa macam-macam jenis suplemen, terutama semasa traveling, boleh la bawa nutriferon saja.


 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa. Anda juga boleh menggunakan ID saya untuk menikmati harga ahli di mana-mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia.

Facebook: Hasanah Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel/ YM: hasanah81@yahoo.com.my
SMS/ Whatsapp: 019-4824066