Tuesday, April 22, 2014

IKHTIAR UNTUK MENCEGAH DARI SAKIT KRONIK



Kes sakit kronik makin meningkat. Kumpul duit, buat bayar bil sakit. Walhal ada pilihan hidup tua dan sihat. Vivix Shaklee, ikhtiar termurah bagi elakkan risiko dan bantu merawat sakit kronik. Penyakit kronik yang paling popular dalam negara kita adalah diabetis dan juga obesiti. Sampaikan kerajaan usulkan ubah waktu operasi kedai makan 24 jam. Begitu terukkah habit pemakanan orang Malaysia.

Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak Cegah Dan Bantu Rawat Sakit Kronik?



1. Memperbaiki Sel-Sel DNA
 
Tahukah bahawa setiap hari hampir 1 juta sel-sel DNA rosak. Kerosakan berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung seperti terdedah kepada radiasi (sebagai contoh semasa proses kimoterapi bagi pesakit kanser). Dan yang lebih parah adalah kerosakan secara tak langsung. Terdedah dengan radikal bebas, pencemaran dan makanan yang tidak sihat.

harga vivix shaklee, vivix shaklee diabetic, ubat sakit sendi, ubat diabetis, vivix testimonials, shaklee vivix testimonials, testimoni vivix shaklee, kebaikan vivix shaklee, kelebihan vivix shaklee, sembuhkan diabetis, petua awet muda, harga vivix shaklee, vivix shaklee diabetic, ubat sakit sendi, ubat diabetis, vivix testimonials, shaklee vivix testimonials, testimoni vivix shaklee, kebaikan vivix shaklee, kelebihan vivix shaklee, sembuhkan diabetis, petua awet muda, petua cantik ayu raudah, merawat SLE, menurunkan risiko kencing manis, tonik awet muda, membaiki DNA, vivix kanser, punca kanser, rawatan kanser, testimoni vivix, Vivix Testimonials, Vivix shaklee Testimonials
bagaimana DNA rosak
harga vivix shaklee, vivix shaklee diabetic, ubat sakit sendi, ubat diabetis, vivix testimonials, shaklee vivix testimonials, testimoni vivix shaklee, kebaikan vivix shaklee, kelebihan vivix shaklee, sembuhkan diabetis, petua awet muda, harga vivix shaklee, vivix shaklee diabetic, ubat sakit sendi, ubat diabetis, vivix testimonials, shaklee vivix testimonials, testimoni vivix shaklee, kebaikan vivix shaklee, kelebihan vivix shaklee, sembuhkan diabetis, petua awet muda, petua cantik ayu raudah, merawat SLE, menurunkan risiko kencing manis, tonik awet muda, membaiki DNA, vivix kanser, punca kanser, rawatan kanser, testimoni vivix, Vivix Testimonials, Vivix shaklee Testimonials
Sel DNA yang sihat
DNA yang sihat adalah satu rantaian sel yang panjang dan cantik. Apabila rosak, rantaian DNA ini akan pecah dan putus-putus. Sel yang baik akan menghasilkan sistem badan yang baik. Manakala jika sel DNA ini rosak, sistem badan juga akan cacat. Seperti masalah yang sering kita dengar, sukar dapat anak. Ini berlaku kerana sistem reproduktif yang tak berfungsi dengan baik akibat kerosakan sel.

harga vivix shaklee, vivix shaklee diabetic, ubat sakit sendi, ubat diabetis, vivix testimonials, shaklee vivix testimonials, testimoni vivix shaklee, kebaikan vivix shaklee, kelebihan vivix shaklee, sembuhkan diabetis, petua awet muda, harga vivix shaklee, vivix shaklee diabetic, ubat sakit sendi, ubat diabetis, vivix testimonials, shaklee vivix testimonials, testimoni vivix shaklee, kebaikan vivix shaklee, kelebihan vivix shaklee, sembuhkan diabetis, petua awet muda, petua cantik ayu raudah, merawat SLE, menurunkan risiko kencing manis, tonik awet muda, membaiki DNA, vivix kanser, punca kanser, rawatan kanser, testimoni vivix, Vivix Testimonials, Vivix shaklee Testimonials
Sel DNA yang telah rosak
 
Kelainan Vivix Shaklee adalah kerana ia bertindak dari tahap sel. Membaiki 'root cause' atau sebab utama mengapa sistem badan tak berfungsi dengan baik. Seperti penyakit diabetis (type 2), Vivix Shaklee bertindak membaiki sel-sel DNA tubuh, agar dapat hasilkan semula insulin semulajadi di dalam badan. Ini akan menyebabkan bacaan gula dalam darah yang tinggi akan menurun. Dan pesakit diabetis tak perlu lagi mengambil insulin tambahan.
 
 2. Pengawalan Genetik
 
Genetik adalah unik dan biasanya diwarisi dari ibu atau ayah. Ini juga akan menentukan jangka hayat dan juga berapa cepat kita menjadi tua. Perasan tak ada yang umur 50an tapi kelihatan muda cantik macam 30an. Dan ada yang baru 30an tetapi nampak sungguh berumur. Ini berlaku kerana faktor genetik kita yang unik.

Kandungan utama Vivix membantu mengawal genetik dan melambatkan proses penuaan. Bukan sahaja penuaan dari segi fizikal. Malahan penyakit yang disebabkan oleh faktor penuaan juga dapat dielakkan. Seperti cardiovascular disease, cancer, arthritis, cataracts, osteoporosis, type 2 diabetes, hypertension and Alzheimer's disease.

3. Meningkatkan Tenaga Pada Tahap Sel
 
Tenaga tubuh manusia terhasil dari rantaian sel-sel di dalam badan. Semakin berumur, makin menurunlah tenaga yang dihasilkan. Jadi ramuan utama Vivix Shaklee akan meningkatkan tenaga dari tahap sel. Sel yang bertenaga akan menghasilkan tubuh yang sihat dan bertenaga.

Terdapat satu enzim di dalam badan yang dipanggil mitochondrial enzim, yang fungsi adalah menghasilkan tenaga pada badan manusia. Juga dikenali sebagai 'cellular power plants'. Pengambilan Vivix akan mengubah aktiviti dan kandungan mitochondrial enzim. Ini akan meningkatkan tenaga pada tahap sel dan seterusnya merendahkan risiko dari terkena penyakit kronik.

Seperti jantung manusia, sel yang lemah dan tidak bertenaga akan membuatkan jantung gagal berfungsi dengan baik. Dan akan meningkatkan risiko terkena serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain.

Kehebatan Vivix, tingkatkan kesihatan dari tahap sel

Perubahan pada mitochondrial enzim, memberi kesan baik pada hati, otak dan juga buah pinggang. Juga meningkatkan kebolehan badan menjana nutrisi kepada tenaga. Dengan ini kadar metabolisma badan akan meningkat.

Radikal bebas, pencemaran, toxin dan makanan yang tak sihat akan beri kesan buruk kepada sistem ketahanan badan. Selain itu juga merosakkan sel-sel dalam badan. Dan juga menurunkan daya mitochondrial enzim. Kerosakan enzim ini akan mengakibatkan:
  • badan tidak dapat menukarkan karbohidrat dan lemak kepada tenaga
  • insulin resistance
  • tiada daya untuk aktiviti fizikal
  • bertambah berat badan
  • dan kadar penuaan menjadi pantas

4. Penimbunan Protein AGE

Apakah AGE? AGE adalah Advanced Glycation End Products, iaitu komponen dalam sel badan yang menjadi faktor pemangkin kepada penyakit penuaan seperti diabetis, sakit jantung dan lain-lain.

AGE ini dapat diturunkan dengan pengambilan buah-buahan yang mengandungi resveratrol. Tahukah anda bahawa Vivix Shaklee bertindak 10 kali ganda dari resveratrol bagi membantutkan penghasilan AGE di dalam tubuh badan. Sel-sel badan tidak akan mudah rosak dan sistem badan akan berfungsi dengan baik.

 
 
Walaupun bertambah tua, tetapi tahap kesihatan sel berada pada tahap yang baik. Akan menyebabkan seseorang hanya tua pada umurnya, tidak pada wajah dan tubuh badannya. Bukankah satu nikmat,jika melihat ibu dan ayah yang tua tapi masih kekal awet muda, sihat, bertenaga dan yang penting bebas dari penyakit-penyakit kronik.
 
 

Pilihan mahu sihat atau tidak terletak pada tangan sendiri. Kita yang tentukan apa yang kita makan hari-hari. Jika kita bijak, pastilah kita pilih yang terbaik. Tak usah kedekut untuk kesihatan sendiri. Badan nie hanya sebatang, Allah bagi pinjam. Pinjam buku di perpustakaan pun kena jaga baik-baik, rosak kene denda. Lagi pula pinjaman dari Allah. Wajiblah kita jaga elok, untuk dipulangkan kelak.

Nikmat kesihatan adalah anugerah paling besar. Jika ditarik balik, ada duit berjuta pun tiadalah guna. Kan Allah ada kata, pemuda yang sihat dan kuat adalah lebih baik dari pemuda yang lemah. Jom kita pilih untuk sama-sama sihat.

Kempen untuk 1 Vivix Shaklee untuk 1 rumah. Hubungi saya bagi mendapatkan Vivix pada harga yang terbaik! Dah cuba sekali, pasti nak lagi.
 
Puan Hasanah
019-4824066

Thursday, April 17, 2014


Makanan Yang Boleh Mengawal Penyakit.


Rakyat Malaysia sememangnya sangat sukakan makanan. Tambahan pula negara kita ini merupakan negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan berikutan terdapat pelbagai bangsa dan kaum serta budaya.

 
 

 Berikutan itulah kadang-kala agak sukar bagi anda untuk mengawal nafsu makan sehingga menyebabkan anda mendapat penyakit seperti diabetis, kegemukan, darah tinggi dan juga sakit jantung.

Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa jenis makanan dapat membantu anda dalam mengawal selera makan anda.

Oat
Hanya dengan dua hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Kunci utama untuk membunuh kolesterol adalah beta-glucan di mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.

Cendawan
Makanan cegah lemak dan penggalak imun ini mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah ¼ kepada 1 auns dimana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur, pasta atau telur dadar.

Asparagus
Sayur rangup ini membekalkan inulin, satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Gril asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda.

Pisang
Saiz pisang yang sederhana meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan atau kegusaran. Hidangan mufin pisang memadai untuk anda yang diet.

Bawang
Di sesetengah negara menganggap bawang mampu mengubati pelbagai penyakit bermula dari diabetis sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.

Memang tidak dinafikan pengambilan nasi putih membuatkan selera bertambah lebih-lebih lagi jika terdapat lauk yang kena dengan selera anda.

Melatih diri mengambil makanan di atas membantu anda lebih cepat kenyang dan bertenaga selain menolak makanan tinggi karbohidrat, tinggi gula dan lemak yang sering menjadi punca anda mudah dijangkiti penyakit.

Selamat mencuba!

Friday, April 11, 2014

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL


Assalamualaikum buat pengunjung yang tersayang,

Hari ini nak kongsi pengalaman semasa mengandung anak yang keempat. Lain orang lain ragamnya. Begitulah juga dengan ibu yang mengandung. Semua tak sama. Ada yang mengalami morning sickness yang teruk, ada yang rilekkk jer sampai ke sudah, ada yang hb rendah, ada yang sembelit, ada yang emosi terganggu dan macam2 lagi lah.

Pengalaman mengandung sebanyak 4 kali (setakat ini..hehe) sangat mengajar erti kesabaran. Alhamdulillah saya hanya mengalami morning sickness yang teruk pada trimester yang pertama je bermula dari bulan pertama, kedua dan ketiga. Tapi yerlah bukan senang yer bawak perut kehulu kehillir. Kalau tido pon sangat tak selesa. Menelentang tak kena, meniarap tak kena, mengiring tak kena.Tapi itulah pengorbanan insan bergelar ibu sebab itu Allah sangat memuliakan kaum2 ibu sehingga meletakkan  syurga di bawah tapak kaki ibu bagi seorang anak.

Pada kehamilan pertama, kedua dan ketiga, saya belum mengenali set kehamilan shaklee. Sungguh rugi rasanya. Tapi semasa mengandungkan anak ke 4 barulah saya kenal dan cuba. Ya Allah memang rugi tak kenal awal2 tau, kenapa?

Sebabnya satu set hamil ni complete. Boleh cover semua masalah2 yang biasa dihadapi ibu2 hamil. Contoh kalau HB rendah boleh ambil Vitalea, kalau lenguh dan kejang boleh ambil Ostematrix, kalau sembelit boleh ambil Ostematrix, kalau badan letih boleh ambil B complex. Memang tak rugi la kalau ambil satu set. Untuk baby tersayang jugak kan:)

Ok, jom kita ketahui fungsi setiap satu vitamin kehamilan Shaklee ni..
 


 
CADANGAN VITAMIN  KEHAMILAN ASAS : VITALEA + B COMPLEX + VITAMIN C + OSTEMATRIX


1. Vitalea ialah multivitamin yang membantu melengkapkan nutrisi seharian kita. Lengkap dengan iron (zat besi) untuk bantu normalkan bacaan hb dan sekaligus mencegah anemia yang sangat bahaya semasa mengandung.

2. B complex juga dikenali sbg anti stress vitamin. Membantu dalam menukarkan glukosa kepada tenaga bagi mengelakkan ibu hamil keletihan. Lengkap dgn asid folik untuk mencegah kecacatan janin yang dikenali sebagai spina bifida.

3. Vitamin C adalah bagi meningkatkan keupayaan sistem imun melawan penyakit untuk elakkan mudah dijangkiti selsema, batuk dan sbgnya.

 
4. Ostematrix ialah tablet kalsium yang sangat penting untuk ibu hamil. Semakin meningkat usia kandungan semakin tinggi keperluan kalsium kerana kalsium dalam badan ibu akan diserap oleh bayi. Keperluan kalsium ibu hamil ialah sebanyak 1000-13000mg sehari. Untuk memenuhi keperluan ini anda perlu minum sebanyak 4 gelas susu sehari. Mampu ke?
 
Kenapa perlu ambil kalsium? kalsium yang cukup boleh mengelakkan gejala lenguh2 badan, sakit pinggang, kebas kaki, cramp, bengkak gusi dan sbgnya. Ostematrix juga boleh mengelakkan sembelit dengan melancarkan pergerakan usus. Memang best la pagi2 je WAJIB membuang dengan selesa tanpa rasa sembelit.
 

 
CADANGAN VITAMIN KEHAMILAN LENGKAP = SET ASAS + OMEGAGUARD + ESP
 
5. ESP (Energizing soy protein) adalah protein soya yg memberi rasa kenyang berpanjangan dan tenaga segera. Sangat baik untuk kulit ibu dan bayi yang cantik dan gebus. Juga bagus untuk mengawal gula bagi yg kencing manis semasa hamil kerana ESP ini rendah indeks glisemik.
 
6. Omegaguard adalah kapsul minyak ikan yang sangat2 bagus untuk perkembangan otak bayi dari dalam kandungan lagi. Pernah dengar sape nak anak bijak makan la minyak ikan kan? yer pekembangan otak bermula sejak dalam kandungan lagi. Ada kajian menunjukkan perbezaan tahap IQ bagi bayi yang ibu mereka mengambil minyak ikan semasa hamil dengan yang tidak ambil. Bayi yang ibunya mengambil minyak ikan sejak hamil dikatakan lebih bijak dan cepat belajar.
 
Menarik bukan? sebab tu lah saya rasa teramatlah rugi sebab tak kenal shaklee semasa mengandungkan anak pertama, kedua & ketiga dulu. Ehmm, patut la asyik ulang alik ke klinik waktu tu.
 
Perbezaan yang ketara yang rasa adalah dari segi TENAGA. Kalau ambil vitamin-vitamin shaklee ni badan terasa lebih bertenaga dan lenguh2 badan tu kurang sangat. Selera makan pun tak membuak2 sangat sebab ESP tu boleh kawal selera makan saya. Kulit tak kusam dengan adanya Vitamin C dan ESP. Dan bacaan HB saya tak pernah rendah. Syukur Alhamdulillah. Bonusnya baby yang keempat ni kulitnya lebih cerah dan putih berbanding abang & kakak-kakaknya :)
 
Nak rasai kehebatan hamil bersama shaklee? Jom hubungi saya untuk harga dan konsultasi terbaik!
 
 

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk sila hubungi saya :
FB  : Hasanah Sharipuddin
SMS/Whatsapp : 019-4824066
 

Mahu Anak Perempuan Tinggi Lampai?


Ketinggian adalah sifat polygenic, bermakna ia dipengaruhi oleh beberapa gen yang berbeza. Mempunyai dua ibu bapa pendek tidak bermakna anda akan pendek, dan jika kedua ibu bapa anda tinggi tak bermakna anda akan menjadi setinggi gergasi!


Kalsium

Walau bagaimanapun, jika sebahagian besar keluarga di kedua-dua belah ibu bapa anda adalah pendek, kemungkinan adalah bahawa anda juga akan ‘kurang tinggi’. Namun jika anda mempunya ibu bapa yang pendek tetapi datuk nenek yang tinggi, kemungkinan anda juga akan tinggi. Yang sebetulnya  anda tidak tahu ketinggian sebenar anda sehingga mencapai pertumbuhan fizikal yang lengkap pada usia 20an.

Jika anda ‘kurang ketinggian’ dan mempunyai anak perempuan yang belum baligh atau datang haid, anda boleh memecahkan ‘tradisi kurang ketinggian’ ini. Pastikan semasa kedatangan ‘period yang pertama’ anak perempuan anda mengambil KALSIUM yang mencukupi sehingga 3 tahun. Ini kerana hormon estrogen yang dihasilkan pada tika ini boleh meningkatkan penyerapan kalsium di dalam badan. Kalsium membantu pembentukan tulang dan seterusnya boleh menambah ketinggian.
Setelah ‘tempoh akil baligh’ selesai, lebih kurang 3 tahun selepas period yang pertama, kemungkinan pertumbuhan ketinggian bagi perempuan akan berhenti. Jadi, bila anak perempuan anda sudah mulai datang haid, pastikan mereka mengambil kalsium yang mencukupi.

Apakah kalsium yang lengkap dan mencukupi untuk anak perempuan anda?

1) Remaja perempuan memerlukan 1300mg

2) Pastikan kalsium di ambil bersama Vitamin D dan Magnesium. Semak supplement kalsium anda.

Vitamin D dan magnesium membantu dalam penyerapan optimum kalsium.
Anak anda tak suka minum susu? Anda boleh berikan OSTEMATRIX SHAKLEE kepada mereka. Senang ditelan. Cukup keperluan kalsium untuk satu hari.
Ostematrix Shaklee
 
Jika anda mahukan anak perempuan anda tinggi ‘lampai’ boleh lah dapatkan Ostematrix Shaklee sekarang juga.
shaklee di borneo
 
Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya :

Puan Hasanah
 (019-4824066)

Wednesday, April 9, 2014

TIPS Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk m...enyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.

2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5. Bogelkan Bayi
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi http://www.breastfeeding-problems.com/

10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.