Saturday, March 8, 2014

DIABETES DAN SHAKLEE

Pakar nutritionist cakap, diabetes boleh dicegah melalui pengambilan makanan-makanan yang sihat. Rasa-rasanya dalam 10 orang, berapa orang je boleh kawal nafsu makan?? Honestly, saya sendiri pun tewas dalam bab ni… Terutama masa musim perayaan atau makan kat hotel, majoriti kita semua akan memegang prinsip yang sama iaitu.. "Pantang nampak!!”

 
 
Risiko untuk menghidap diabetes sebenarnya sangat tinggi. Tahukah anda, 1 daripada 5 rakyat Malaysia adalah penghidap diabetik?.. Pakar nutritionist juga ada bagitau, sebenarnya TIADA UBAT yang boleh merawat diabetes. Maksudnya kalau seseorang dah kena diabetes, doktor tak boleh buat apa dah, suntik insulin jer laa.. Lama-kelamaan, penyakit buah pinggang pula datang menyerang dan semakin kronik sehingga perlu menjalani dialisis.
 

 
Tau tak apa tu dialisis?? Saya bukan doktor jadi saya tak mau menulis dalam bahasa saintifik. Yang pastinya dialisis terdiri daripada 2 kategori:
 
1- Cuci darah: untuk membantu pesakit buah pinggang menjalani kehidupan dengan menapis dan mencuci darah dari kotoran-kotoran dalam badan. Biasanya rawatan ini dilakukan 3 kali seminggu!!

2- Cuci air: lebih kurang dengan cuci darah cuma ia di panggil APD atau CAPD. APD mengunakan mesin dan dilakukan pada setiap malam, pesakit akan bergantung dengan mesin selama 10 jam setiap malam!! Manakala CAPD ialah secara manual, pesakit harus menukar air dari perut ke beg kotoran setiap 4 jam. Ia lebih susah berbanding cuci darah kerana APD/CAPD perlu pastikan darah anda sentiasa dalam keadaan bersih.
 
Na’uzubillah.. Tak mau kan melalui semua tu? Ngeri ok!!
Dalam Shaklee, ada beberapa suplemen yang sesuai untuk mencegah diabetes dan kalau pun anda memang sudah disahkan penghidap diabetik, pengambilan suplemen Shaklee Insya-Allah boleh mengelak daripada rawatan dialisis. Sekurang-kurangnya, walaupun anda penghidap diabetik, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan tidak bergantung pada mesin dialisis.
Suplemen-suplemen Shaklee yang boleh membantu mencegah diabetes:
 
1- Vivix. Mencegah penghasilan AGE protein. Apa itu AGE protein? Ia adalah bahan merbahaya yang terhasil apabila gula yang berlebihan bergabung dengan protein di dalam tubuh badan kita. AGE protein ini boleh merosakkan pembuluh arteri dan membuatnya keras dan kaku.. Dan akhirnya pembuluh darah kita boleh meletup!!

2- ESP. Mengandungi rendah Glycemic Index yang boleh mengekalkan tahap gula yang sihat. Selain itu, hormon daripada kacang soya NON-GMO ini menggalakkan penghasilan hormon insulin secara semulajadi.

3- GLA Complex. Mengandungi Omega-6 fatty acid yang boleh membantu mengurangkan kesakitan saraf yang di alami oleh pesakit diabetik.

4- Vita-C. Mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol. Apa itu sorbitol? Sorbitol adalah sejenis pemanis buatan yang boleh menyebabkan pengembangan urat saraf. Saraf yang kembang boleh menyebabkan penyakit pada mata iaitu katarak.

5- Vitalea. Membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan kita kerana kebiasaannya, penghidap diabetik mengalami kekurangan Chromium dan menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif.

6- Alfalfa. Mempunyai kandungan mineral yang tinggi untuk menyahtoksik bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan.

7- Zinc. Mempercepatkan penyembuhan luka, kerana kebiasaannya penghidap diabetik mengalami masalah luka yang lambat atau tidak sembuh sama sekali.
 
Perlukah ambik semua? Ia adalah bergantung kepada tahap kesihatan anda. Hubungi saya untuk konsultansi lanjut.
 
 
Facebook: Hasanah Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel/ YM: hasanah81@yahoo.com.my
SMS/ Whatsapp: 019-4824066

No comments:

Post a Comment