Assalamualaikum wbt buat sahabat setiaku di sini...
Rata-rata setiap wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan pasti akan berhabis-habisan wang dalam membeli barangan utk memenuhi hasrat tersebut. Namun begitu dalam lambakan pelbagai jenama di pasaran, kita seharusnya mengkaji terkaji terlebih dahulu asal usul produk itu sebelum membelinya. Ok, Shaklee telah mencipta satu produk yang istimewa utk wanita, malah lelaki juga tidak salah mencubanya :) Apa GLA tu ye? Jom kita selidik ...
GLA (Gama Linolenik Acid) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
- Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
- Membantu dalam menangani menopus
- Menguatkan kuku dan rambut
- Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- Membantu menangai ekzema
- Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- Menguatkan imuniti tubuh
- Memperlahankan proses penuaan
- Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
- Mengawal kencing manis dan darah tinggi
- Mengawal kolesterol
- Membantu fungsi saraf
- Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan. Kajian membuktikan pengambilan GLA 480mg setiap hari boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
- Pesakit Diabetes
- Perempuan yang mengalami period tidak teratur
- Pasangan suami isteri yang inginkan zuriat
- Individu yang ingin mencantikkan kulit, menghilangkan jeragat, jerawat, parut-parut jerawat dan mempunyai kulit sensitif.
- Pesakit Kencing Manis – Pesakit ini tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Supplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis.
- Penghidap Arthritis – GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid.
- Payudara fibrocystic
- Osteoporosis – kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang.
- PMS – Sesetengah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta keresahan dan pembengkakan rahim.
- Alahan – Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
- Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
- Ketagihan alkohol – GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
- Penghidap Kanser
- Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung – Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-duanya ditemui dalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
- Penghidap Ulser
Siapa yang tak boleh ambik GLA?
- GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
- Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.
Facebook: Hasanah Sharipuddin
Shaklee ID: 945023
Emel/ YM: hasanah81@yahoo.com.my
SMS/ Whatsapp: 019-4824066
No comments:
Post a Comment